Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mempergiatkan inisiatif dan juga usaha berterusan dalam memperhebatkan peranan dan impak alumni universiti di segenap peringkat.

Selari dengan itu maka Pusat Pengurusan Alumni dan kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri & Masyarakat) UTeM telah menjalankan usaha perincian skop tugasan bagi Penyelaras Alumni dari setiap fakulti di UTeM.

Perincian ini menyentuh tentang hala tuju, perancangan dan cadangan aktiviti alumni bagi tahun 2019 bagi memenuhi takwim program alumni di peringkat fakulti dan universiti.

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Alumni dan kebolehpasaran Graduan, Dr. Khairuddin Osman berkata, bagi memastikan penyelarasan kesemua alumni UTeM berjalan lancar, penyelaras setiap fakulti telah dilantik bagi membantu terutamanya dalam mendapatkan maklumat terkini bagi setiap alumni mengikut fakulti.

"Penyelaras yang dilantik turut dapat membantu menjalankan pelbagai gerak kerja yang berkaitan dengan alumni fakulti di samping menjadi penghubung di antara pihak universiti dan pihak alumni," jelas beliau sewaktu perbincangan di Bilik Mesyuarat Samsung IoT, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, sehubungan dengan perbincangan tersebut, beberapa aktiviti telah di rancang khusus untuk alumni seperti menjadi tuan rumah dalam Forum Alumni bersama Universiti Awam dan Majlis Makan Malam Korporat Persatuan Alumni UTeM (AUTeM).

Perbincangan tersebut turut diharapkan dapat mengulang kembali kejayaan perlaksaan program-program alumni tahun 2018 seperti Program Hi-Tea AUTeM, program perlawanan bola sepak dan program kejohanan FUTSAL Piala Presiden AUTeM.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

033341946