Pejabat Keselamatan atau dikenali dengan Polis Bantuan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memperkenalkan kaedah unik bagi menyuntik motivasi dan prestasi kakitangan jabatan tersebut.

Kaedah ini dinamakan sebagai Golden Staf and Best Practice Unit yang mana berkonsepkan pemilihan staf terbaik daripada pencalonan kakitangan dari unit-unit dalam Pejabat Keselamatan UTeM setiap bulan.

Kesemua kakitangan Pejabat Keselamatan anggaran seramai 72 orang yang terdiri dari pelbagai unit antaranya Unit Pentadbiran, Unit trafik, Unit Siasatan adalah layak untuk menikmati pakej ini berdasarkan penilaian yang diberikan secara adil dan saksama.

Pengarah Pejabat Keselamatan UTeM, Kapten (B) Ahmad Shakir Yahaya berkata, keputusan bagi pemilihan Golden Staf and Best Practice Unit tersebut akan diputuskan menerusi penilaian dari Ketua Unit pengurusan jabatan berkenaan bagi membuat keputusan terbaik.

Jelas beliau, kakitangan dan unit yang terpilih pada setiap bulan akan menerima token penghargaan berbentuk cenderahati dan wang tunai serta akan diuar-uarkan menerusi beberapa medium seperti laman web rasmi UTeM, laman sosial Facebook UTeM dan Pejabat Keselamatan UTeM serta emel rasmi UTeM.

Menurut Ahmad Shakir, penerima anugerah dan penghargaan tersebut akan dinilai berdasarkan daripada beberapa kriteria utama seperti kadar bilangan cuti sakit dalam bulan tersebut, sumbangan kakitangan terhadap Pejabat Keselamatan dan UTeM, rekod kesalahan tatatertib, komitmen yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas yang diberikan di samping sokongan dari panel penilai dalaman yang dilantik oleh Pengarah Pejabat Keselamatan sendiri.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti), Prof Dr. Mohd Ridzuan Nordin, turut menyatakan bahawa beliau berharap agar pelaksanaan program ini dapat memberikan motivasi kepada semua kakitangan Pejabat Keselamatan untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam menjalankan tugas serta amanah yang diberikan.

Katanya, semenjak program ini diperkenalkan, kadar cuti sakit telah menurun dan unit di bawah Pejabat Keselamatan telah mula digerakkan secara bebas oleh Ketua Unit masing-masing dan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) individu dan sepasukan kini semakin mantap dimana sertiap kakitangan kini berusaha mencapai sasaran kerja yang ditetapkan.

Jika diimbau perjalanan lalu, Pejabat Keselamatan UTeM pada awalnya dikenali sebagai Unit Keselamatan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malayasia (KUTKM) yang ditubuhkan pada 19 April 2001 berpangkalan di Rumah Kedai Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka

Sejajar dengan perubahan KUTKM ke UTeM maka pada 1 Januari 2013 Bahagian Keselamatan telah dinaik taraf ke Pejabat Keselamatan dan pada 26 Februari 2013 apabila pihak Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah meluluskan penubuhan Pasukan Polis Bantuan UTeM.

Penubuhan Polis Bantuan UTeM adalah sejajar dengan perkembangan semasa Universiti yang telah beroperasi lebih dari 13 tahun pada waktu itu di samping sebagai langkah proaktif untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan keselamatan universiti.

Polis Bantuan UTeM adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pengurusan Keselamatan di dalam UTeM bagi memastikan kampus UTeM lebih selamat, harmoni dan kondusif menerusi perkhidmatan kawalan keselamatan diri dan harta benda, penguatkuasaan peraturan lalulintas, siasatan kejadian jenayah.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

030710430