Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Kelab Pencak Silat telah berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Melaka tahun 2019 yang diadakan baru-baru ini.

Kejohanan Pencak Silat Peringkat Negeri Melaka selama tiga hari tersebut telah diadakan di Sekolah Sukan Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Bukit Serindit, Melaka.

Menurut Pengarah Pusat Sukan UTeM, Dr. Rosli Saadan berkata, kejohanan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka tersebut adalah untuk mencari dan memupuk bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili negeri Melaka.

Jelas beliau, para peserta yang terpilih bakal bersaing mewakili negeri Melaka ke Pertandingan Silat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Pahang pada penghujung Mac tahun ini.

Katanya, seramai tiga dari enam orang ahli Kelab Pencak Silat UTeM iaitu Fatin Hazeerah Zaimee dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah meraih pingat emas bagi  kelas A.

"Sementara itu Nurul Fadiah Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah meraih pingat emas bagi kelas B manakala Amierul Daniel Mohammad Hanafiah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) pula telah menerima pingat perak bagi Kelas A," ujar beliau lagi.

Mereka yang menerima pingat tersebut secara langsung terpilih untuk mewakili negeri Melaka ke Pertandingan Silat Kebangsaan tersebut bersama wakil dari enam lagi persatuan yang turut sama bertanding pada kejohanan tersebut.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

030710350