Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjalankan pelbagai inisiatif dan strategi bagi meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan universiti ini bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Selari dengan itu antara inisiatif yang dllaksanakan oleh Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM adalah dengan pelbagaikan pengisian bersama dengan JobsMalaysia.

Pengarah Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Dr. Khairuddin Osman berkata, JobsMalaysia antara cabang yang boleh membantu dalam menyediakan medan mendapatkan pekerjaan kepada para mahasiswa serta graduan di samping latihan industri menerusi siri Karnival Kerjaya yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, antara lain UTeM bersama dengan JobsMalaysia serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menjayakan program Mapping yang membuka ruang yang lebih luas antara tiga pihak yang melibatkan pihak industri.

"Program Mapping yang dirancang akan berfungsi sebagai kerja sambilan yang mengambil tempat pada waktu cuti semester universiti bermula daripada semester pertama pelajar sehingga Latihan Industri di mana pelajar akan diberi pendedahan dengan lebih awal berkenaan dengan latar belakang industri sehinggalah pelajar mendalami bidang kejuruteraan secara menyeluruh," ujar beliau lagi sewaktu perbicangan dengan pihak JobMalaysia baru-baru ini.

Sementara itu, wakil dari JobsMalaysia Centre Melaka, Zunita Othman mengulas lanjut sewaktu temubual tersebut menyatakan bahawa kerjasama bersama UTeM telah melangkah jauh menerusi pelbagai perkongsian berimpak.

Jelas beliau, JobsMalaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik di antara UTeM dan JobsMalaysia di samping membantu para mahasiswa dalam memberikan pandangan dan penerangan lanjut berkaitan fungsi industri-industri kepada mereka yang akan menamatkan pengajian kelak”, ujarnya lagi mengakhiri temubual.

Perbicangan straetgik berkenaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Samsung IoT, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka melibatkan antara pihak  Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan UTeM bersama wakil dari JobsMalaysia.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

033341308