Pusat Pengkomersilan (UCC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Seminar Pemantapan Ilmu yang yang berfokus kepada “Overview Of IP, Patent Legal Requirement & Case Study On Engineering Related Invention”.

Seminar tersebut telah berlangsung di Auditorium Pusat Pengajian Siswazah, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal baru-baru ini telah mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para peserta.

Menurut Pengarah UCC, Prof. Dr. Sivarao Subramonian berkata, antara objektif seminar ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan barisan penyelidik, staf akademik dan staf UCC terutamanya dalam bidang perlindungan harta intelek, inovasi dan pameran serta proses pra-pengkomersilan dan pengkomersilan.

Jelas beliau, penceramah jemputan dalam seminar ini turut membantu barisan peserta yang terdiri daripada kalangan penyelidik, staf akademik dan staf UCC bagi meningkatkan kemantapan pengetahuan berkaitan perlindungan harta intelek.

"Di samping itu menerusi seminar ini para peserta turut diberikan pendedahan yang lebih terperinci berkaitan paten serta pembangunan inovasi yang memberi kesan terus kepada penghasilan harta intelek (IP)", ujar beliau.

Seminar Pemantapan Ilmu anjuran UCC ini merupakan seminar siri ke-6 bagi tahun 2018 dengan pelbagai isu dan topik semasa untuk dikupas berkait rapat dengan pengkomersilan produk dan penyediaan harta intelek dan paten di peringkat universiti.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

030916997