Barisan siswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut tidak ketinggalan bagi mendapatkan pendedahan tentang seni dan proses penerbitan media massa.

Ianya menerusi penganjuran program Media El Visita yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda (SRM) UTeM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) baru-baru ini.

Program yang dijalankan ini adalah berfokus kepada lawatan ke Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pasar Seni Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Program Nur Anis Najihah Zaidi yang merupakan pelajar Tahun 3 dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) berkata, antara objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pelajar.

Jelas beliau, menerusi program ini para pelajar mendapat pendedahan lebih terperinci lagi tentang proses penerbitan di stesyen RTM di samping itu mereka juga turut berpeluang mendalami tentang aktiviti dan karya seni di Pasar Seni di ibu kota.

Katanya, para peserta berpuas hati dan jelas dengan maklumat yang diperolehi sewaktu sesi temubual dengan krew RTM sewaktu di Angkasapuri.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesimpulannya program ini telah berjaya memberi input yang besar terhadap para mahasiswa kerana seni dan media massa adalah antara perkara yang berkaitan dalam aktiviti seharian.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

030916871