Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah UTeM (LPU) baharu iaitu Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed serta seorang lagi Ahli Silih Ganti LPU baharu Profesor Madya Dr. Zuraidah Abd Manaf baru-baru ini.

Pelantikan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun bermula pada 15 Disember 2018 sehingga 14 Disember 2021 bagi Dr. Zahazan Mohamed manakala bagi Dr. Zuraidah Abd Manaf pula adalah sehingga tamat perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Malaysia atau yang mana terdahulu

Pelantikan Dr Zahazan ini adalah bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan berakhirnya tempoh lantikan ahli terdahulu Datuk Zali Mat Yasin yang tamat lantikan pada 7 Ogos 2018 lalu manakala pelantikan Dr Zuraidah pula adalah bagi mengisi kekosongan kerusi ekoran berakhirnya tempoh lantikan ahli terdahulu Jamalulail Abu Bakar yang tamat lantikan pada 30 April 2018 lalu

Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, terdahulu pelantikan tersebut adalah di atas persetujuan dan perkenan oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang mana pelantikan ini adalah selari dengan momentum UTeM ke arah kecemerlangan pendidikan teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia serta Revolusi Industri 4.0.

Jelas beliau, kedua-dua mereka merupakan tokoh yang sudah tidak asing bagi universiti ini yang  mana Dr. Zahazan antara ikon yang sering dijemput menyampaikan  ceramah eksekutif dalam mengangkat keunggulan dan keperibadian cemerlang kakitangan UTeM.

Dari segi pencapaian akademik, Dr. Zahazan yang merupakan Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd ini memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Yarmouk, Jordan seterusnya menerima Ijazah Sarjana (MA) dan Doktor Falsafah (PhD.) Linguistik dari Universiti Malaya di samping mempunyai pengalaman sebagai pensyarah selama 10 tahun di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Sementara itu, Dr. Zuraidah pula merupakan Pengarah Pusat Sitasi Malaysia (PSM) yang dilantik semenjak penubuhan PSM pada 15 Februari 2011 bagi membantu merealisasi repositori kebangsaan bagi pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran rekod dan maklumat bibliografik penerbitan ilmiah dan hasilan intelek Malaysia.

RESEARCH & INNOVATIONS

Explore Research and Innovation with UTeM

Read more

Enter your email address for UTeM Events:

 

Copyright © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright
L
ast Updated : 14 March 2019

030919497