i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 17 June 2021

Pendekatan CSR unik: UTeM suntik ekonomi dan jalin kasih Ramadan komuniti setempat

MELAKA, 10 Mei: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempunyai pendekatan tersendiri bagi menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena bulan Ramadan ini.
 
Terbaru, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) (PJIM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Ramadhan UTeM 2021 pada 7 dan 8 Mei 2021.
 
Program ini turut dijayakan bersama dengan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Gangsa, AJK Masjid Durian Tunggal, Kedai Jimat di Bukit Katil serta AJK Surau Pangsapuri Sungai Putat.
 
Penolong Naib Canselor PJIM UTeM, Prof Madya Ir Dr Md Nazri Othman berkata, pada kali ini kami mengenengahkan formula tersendiri bagi menjayakan konsep CSR kepada komuniti setempat yang memerlukan hasil kutipan dan sumbangan sebahagiannya ditaja oleh staf UTeM.
 
Jelas beliau, keunikan dan keistimewaan pada program kali ini berkonsep serampang 2 mata apabila kesemua barangan sumbangan tersebut dibeli dari peruncit-peruncit kampung terlibat bagi membantu merancakkan ekonomi mereka yang telah terkesan ekoran pandemik yang melanda negara pada ketika ini.
 
“Sumbangan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan kepada 101 buah keluarga yang memerlukan terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya serta mereka yang memerlukan di komuniti tersebut,” ujarnya dalam kenyataan kepada pihak media.
 
Sementara itu Pengarah Pusat Kolaborasi Industri dan Komuniti, PJIM UTeM, Prof Madya Dr Effendi Mohamad berkata, program ini memberikan manfaat serta meringankan beban penerima sumbangan.
 
Katanya, semoga ianya dapat memberikan sinar kegembiraan buat mereka ketika sama-sama menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelma dengan keriangan dan kegembiraan.
“Di samping itu kami juga berharap agar pelaksanaan program sebegini berjaya merealisasikan hasrat UTeM untuk terus membantu komuniti sambil meningkatkan ekonomi setempat.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!