i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 17 June 2021

Kepakaran diiktiraf : Naib Canselor UTeM dilantik sebagai Felo Akademi Sains

Akademi Sains Malaysia (ASM) mengiktiraf kepakaran Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim dalam bidang Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar dengan pelantikan beliau sebagai Felo Akademi Sains Malaysia baru-baru ini.
 
Pelantikan beliau sebagai Felo Akademi Sains ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 pada 24 April 2021 yang lalu.
 
Dr. Raha yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melahirkan rasa kesyukuran di atas pencapaian berprestij ini.
 
Katanya, pencapaian ini menzahirkan pihak ASM benar-benar mengiktiraf pencapaian serta sumbangan beliau dan UTeM dalam bidang Sains Biologi, Pertanian dan Alam Sekitar.
 
Tambah beliau, beliau berharap sumbangan ini memberi impak kepada lonjakan kecemerlangan dalam bidang berkaitan sains yang bukan hanya di peringkat nasional malahan di peringkat antarabangsa juga.
 
“Selari itu pengiktirafan ini turut membuka lembaran yang lebih luas lagi untuk beliau dan UTeM terus aktif memberikan sumbangan kepakaran berhubung kajian strategik dan aktiviti bersama dengan ASM”, ujar beliau lagi.
 
ASM ditubuhkan oleh kerajaan pada 1995 dengan matlamat utama untuk menggalak dan meningkatkan kecemerlangan bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk kemajuan negara dan faedah manusia.
 
Felo ASM terdiri daripada saintis, jurutera, ahli teknologi dan ahli sains sosial yang berkaliber yang membuat sumbangan bermakna dalam bidang masing-masing.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!