i@UTeM
UTeM Mail
Saturday, 15 May 2021

UTeM jalin kerjasama strategik bersama Universal Horizon

Melaka: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjalin kerjasama strategik bersama Universal Horizon Sdn Bhd (UHSB) menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) yang diadakan di Bangunan Canselori, kampus induk UTeM, baru-baru ini.
 
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, UTeM dan UHSB telah bersetuju untuk menyediakan dua kertas kajian berteraskan DDK Blokchain.
 
Jelasnya, kertas kajian pertama berkenaan penerimaan teknologi Blockchain dalam kalangan masyarakat manakala kajian kedua pula mengkaji pelaksanaan ekosistem DDK Blockchain daripada perspektif syariah.
 
Ujarnya, kerjasama strategik antara UTeM dan UHSB menjadi platform teguh mewujudkan sinergi yang memberi impak yang lebih dinamik kepada rakan-rakan industri.
 
Kerjasama ini menzahirkan kepakaran yang dimiliki UTeM menerusi kumpulan penyelidiknya khususnya yang pakar dalam bidang Financial Technology (FinTech) bagi menyediakan solusi terbaik kepada permasalahan yang dihadapi oleh pihak UHSB sekaligus menyuntik perkembangan dan kemajuan teknologi industri yang lebih mampan.
 
“Semoga MoA ini dapat merancakkan lagi aktiviti kesarjanaan khususnya dalam menambahbaik dan memperkasakan kemahiran serta pengetahuan para penyelidik, menambahbaik kualiti penghasilan produk penyelidikan dan pembangunan, meningkatkan penerbitan jurnal dan sebagainya.
 
“Selain itu kerjasama ini turut menggalakkan percambahan dari segi penerbitan, percetakan, penyelidikan, gunasama tenaga pensyarah dan pakar serta pertukaran pengetahuan mengenai teknologi Blockchain yang dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak,” ujarnya lagi.
 
Sehubungan itu, pihak UHSB turut telah menyediakan geran penyelidikan bernilai RM10,000 kepada UTeM bagi membantu para penyelidik yang terlibat untuk menyempurnakan dua kertas kajian yang telah dipersetujui.
 
UHSB adalah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur dan satu-satunya syarikat yang telah membangunkan blockchain platformnya tersendiri yang mempunyai lebih dari 200,000 pengguna dari 10 buah negara di Asia.
 
Majlis menandatangani MoA tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UTeM, Dr Raha Abdul Rahim bersama Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof Dr Ghazali Omar manakala pihak UHSB dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Nurshuhada Zainal serta Pengasas Bersama, Dato’ Azrainuddin Zainal serta barisan pengurusan tertinggi UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!