i@UTeM
UTeM Mail
Saturday, 15 May 2021

Penyelidik UTeM Cemerlang di CITREx 2021 Rangkul 24 Pingat dan 2 Anugerah Khas

Melaka – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang di 11th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREx) 2021 edisi virtual dengan merangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas.
 
CITREx 2021 Virtual anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia mengenengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global telah berlangsung secara atas talian pada 1 Mac hingga 7 April lalu.
 
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ini merupakan kejayaan cemerlang apabila kesemua 24 produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan ini berjaya merangkul pingat.
 
Jelasnya, kejayaan ini menjadi rantaian lonjakan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kepada kumpulan penyelidik yang telah beraksi cemerlang serta komited menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi dunia.
 
“Kecemerlangan ini semakin jelas selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community mempamerkan impak keberadaan UTeM yang memberikan sumbangan langsung kepada komuniti dunia,” ujar Dr Raha dalam kenyataannya baru-baru ini.
 
UTeM mencatatkan kejayaan cemerlang di CITREx 2021 dengan pungutan pingat keseluruhan dengan 10 pingat emas, 11 pingat perak dan 3 pingat gangsa di samping 2 anugerah khas.
 
Anugerah khas dimenangi menerusi produk Intelligent Wearable Device for Blind Person yang diketuai Ir. Ts. Dr. Anuar Mohamed Kassim yang memenangi EE Best Innovation Award.
 
Produk kedua yang memenangi anugerah khas yang dikenali Management Award pula menjadi milik produk inovasi Hygienic Portable Female Urinal Device (HPFUD) For Elderly Application diketuai Prof. Dr. Hambali Arep@Ariff dan menariknya kedua-dua produk ini turut berjaya merangkul pingat emas.
 
Lapan lagi pingat emas yang telah dimenangi UTeM adalah menerusi produk Design Principles For Heutagogical Learning - Areprenuernomics diketuai Prof. Madya Dr. Mohammed Hariri Bakri dan Halal Food Brand Equity Model diketuai Dr. Amiruddin Ahamat.
 
Ultra-Wideband Antenna With Y-Shape Defected Ground Structure diketuai Dr. Mohamad Harris Misran, High-Q Microwave Sensor for Detection and Identification of Material Permittivity diketuai Dr. Maizatul Alice Meor Said, Light Black:Effect of Block Position on Machinability of Acrylic diketuai Dr. Khairum Hamzah.
 
Tiga produk lagi adalah Fish Deboning Machine for Butterfly Fillet diketuai Amalia Aida Abd Halim, TERGO diketuai Ts. Dr. Kamarul Amir Mohamed dan IoT Covid-19 Medical Trolley – TroVid 2.0 diketuai Kamilah Jaafar.
 
Sebelas pingat perak dimenangi menerusi produk Diabetic Retinopathy Consultation System (DRCS), Direct Heating Furnace dan Highly Conductive Wearable Antenna Made By Graphene Oxide/Silver (GO/AG) for Health Monitoring Systems In Hospital During Covid-19 Pandemic.
 
Seterusnya Robocroc: River Cleanup Robot With Bluetooth Navigation, Salutan Swa Sembuh, Green Inhibitor for Corrosion Protection – Orange Peel Extraction, Vehicular Heatstroke Sensor Device VHSD, Intelligent Trash Sorting System (IBIN), School Bell System, Intelligent Fire Alarm System (I-FAST) dan Catchbus Malaysia.
 
Sementara itu 3 pingat gangsa pula telah dimenangi menerusi produk Emergency Vehicle Location Tracking System,Development Of Real-Time Based Smart Assistance Interfaces Audio Receiver For Blind People By Using Object Recognition Method dan Smart Carbon Monoxide (CO) Detector (SmaCO).

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!