i@UTeM
UTeM Mail
Saturday, 15 May 2021

UTeM Jayakan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi Bersama 20 Universiti Awam

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) jalin kerjasama strategik yang julung kali diadakan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 20 universiti awam serentak bagi menjayakan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi.
 
Majlis yang berlangsung di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi, Presint 5, Putrajaya, baru-baru ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
 
Pihak UTeM diwakili oleh Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim bersama Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM, Azman Ayup.
 
Dr Raha berkata, inisiatif penubuhan konsortium dalam kalangan 20 universiti awam dalam negara ini menjadi konsortium perpustakaan akademik pertama di Malaysia sebagai pelantar perkongsian sumber berimpak.
 
Ujarnya ia turut memberikan manfaat besar dengan meluaskan akses kepada kandungan digital ilmiah kepada komuniti pendidikan tinggi di samping perbelanjaan kos melanggan pangkalan data maklumat yang lebih efektif sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara.
 
Jelas beliau lagi, dengan menyertai Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi ini UTeM berharap beroleh penjimatan dan keberkesanan kos langganan kepada sumber maklumat elektronik untuk jangka masa panjang.
 
Mengulas lanjut Dr Raha berkata, Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi ini meneruskan agenda meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi dalam aspek penyediaan sumber khazanah ilmu kepada warganya dan juga orang awam. 
 
Upacara menandatangani MOU Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi oleh UTeM ditandatangi oleh Dr. Raha bersama dengan barisan Naib Canselor universiti awam yang lain.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!