i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 25 February 2021

UTeM Gerak Strategi Mampan Tersendiri Ke Arah Capai MyRA 5 Bintang

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berinisiatif tinggi dengan menggerakkan strategi mampan dan tersendiri bagi mencapai tahap 5 bintang pada penarafan Malaysia Research Assesment (MyRA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, bagi mencapai sasaran 5 bintang ini maka kami menggerakkan strategi penubuhan Ekosistem MyRA di peringkat dalaman.
 
Jelas beliau, Ekosistem MyRA ini merangkumi semua komponen penting yang menyumbang kepada kecemerlangan penarafan MyRA iaitu staf akademik sebagai penghasilan output, pengumpulan dan penilaian data, audit dalam, paparan digital pencapaian semasa serta perancangan dan pemantauan strategi dan pelan tindakan.
 
Katanya, segenap komponen pula diterajui 5 jawatankuasa-jawatankuasa/juruaudit bagi menggerakkan ekosistem ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu MyRA yang diterajui Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
 
“Sementara itu 3 Jawatankuasa seperti Task Force MyRA, Jawatankuasa Dashboard MyRA dan Jawatankuasa Pelaksana MyRA diketuai oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM manakala Jawatankuasa MyRA Fakulti/Pusat/Institut diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan) bagi setiap fakulti.
 
“Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan saling melengkapi kerangka kerja Ekosistem MyRA UTeM yang telah disusun strategik pada kali ini dan diyakini mampu melonjakkan kedudukan semasa UTeM pada tahap 3 bintang MyRA kepada 5 bintang dalam tempoh 2 tahun,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.
 
Dr Raha berkata, kerangka strategik Ekosistem MyRA UTeM ini sekaligus bertindak memastikan perancangan strategi dan pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA dapat dilaksanakan secara holistik.
 
Ujarnya, ianya juga melancarkan proses pengumpulan, pengesahan dan penilaian data penyelidikan berjalan dengan berkesan dan sistematik di samping
membangunkan paparan digital data MyRA secara langsung bagi pemantauan pencapaian MyRA.
 
Mengulas lanjut Dr Raha berharap dengan penubuhan ekosistem MyRA UTeM ini maka kecemerlangan MyRA UTeM dapat ditingkatkan dengan penglibatan daripada semua warga UTeM.
 
Strategi ini juga menjadi serampang 2 mata apabila ianya turut memberi kesan berangkaian kepada beberapa medan pencapaian UTeM yang lain seperti QS ranking, THE ranking dan lain-lain.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!