i@UTeM
UTeM Mail
Thursday, 25 February 2021

UTeM Menang Pelbagai Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melakar catatan kejayaan apabila menggondol pelbagai anugerah dalam Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019 yang diadakan secara atas talian baru-baru.
 
Penilaian dan pengiktirafan oleh MAKUM ini berdasarkan kepada pencapaian kejayaan dan kecemerlangan oleh universiti-universiti Malaysia dalam aktiviti, pertandingan dan festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2019.
 
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abdul Manap gembira dengan pencapaian ini yang telah dipamerkan oleh barisan mahasiswa UTeM dan juga kakitangan HEP UTeM ini.
 
Jelas beliau, walaupun UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada pendidikan teknikal namun UTeM sentiasa menyediakan peluang dan fasiliti kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang berminat dengan seni budaya untuk menzahirkan minat dan bakat mereka dalam bidang tersebut sebagai aktiviti kokurikulum tambahan.
 
"Selari itu, UTeM turut tidak asing dalam melahirkan pelajar yang turut menjurus kepada bidang seni yang mana secara realitinya telah memenangi beberapa pertandingan yang berfokuskan kepada bidang seni dan kebudayaan,” ujarnya lagi.
 
Kemenangan yang telah diraih oleh mahasiswa dan mahasiswi UTeM pada kali ini adalah Anugerah Bonang Emas Lelaki (individu yang cemerlang dalam seni dan budaya) telah diraih oleh Muhamad Shahreen Sabarani dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).
 
Anugerah Bonang Emas Wanita (Individu yang cemerlang dalam seni dan budaya) oleh Mirza Syamimi Mohazrifi dari Fakulti Kejurteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).
 
Sementara itu UTeM turut memenangi Anugerah Gong Kencana dan satu lagi pula adalah Anugerah Gambang Mustika (Persatuan Seni Terbaik) yang diwakili oleh pasukan Wind Orkestra UTeM.
 
Di samping itu 3 orang kakitangan HEP UTeM turut mencapai kejayaan tersendiri pada kali ini yang mana Pegawai Kebudayaan Unit Teater, HEP UTeM Allahyarham Shahrulfadli Yahaya menerima Anugerah Gayor Gemilang Emas MAKUM.
 
Sementara itu Ahli Muzik UTeM, Hamidi Mohd Hasnan merangkul Anugerah Gendang Sari MAKUM manakala Pegawai Kebudayaan Unit Tarian, HEP, UTeM, Rosmiza Mohd Saad pula merangkul Anugerah Lambang Sari MAKUM dan
 
MAKUM merupakan sebuah Majlis yang telah ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan menggalakkan aktiviti - aktiviti berbentuk seni, budaya dan kreatif oleh para pelajar universiti-universiti seluruh negara.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!