i@UTeM
UTeM Mail
Wednesday, 02 December 2020

Warga UTeM Jayakan Program Kitar Semula Pelihara Alam Sekitar

Berteraskan sikap peka, prihatin dan inisiatif terhadap penjagaan alam sekitar maka warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama jayakan program Hari Kitar Semula yang diadakan baru-baru ini.
 
Program Hari Kitar Semula ini merupakan anjuran Pejabat Keselamatan Pekerja dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) UTeM bertempat di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh dan Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
 
Pengarah KPKA UTeM, Profesor Madya Ts Juhari Ab Razak, berkata antara objektif program ini antaranya adalah bagi meningkatkan kesedaran betapa pentingnya amalan kitar semula dalam kehidupan warga UTeM.
 
Jelasnya, ianya turut memberikan impak kesedaran budaya kitar semula kepada universiti dalam konteks merealisasikan konsep ‘Kampus Lestari’.
 
Katanya, data jumlah kutipan barangan kitar semula penting untuk memenuhi kriteria dalam UI Greenmetric bagi tahun 2020 agar tercapai sasaran UTeM pada tahun ini berada pada kedudukan bawah 100 yang mana kini UTeM telahpun berada pada kedudukan 114 di peringkat dunia.
 
Mengulas mengenai impak program ini antara lain ianya telah Memudahkan warga UTeM untuk menghantar barang kitar semula di satu tempat sahaja dan tidak perlu ke pusat pengumpulan kitar semula yang lain.
 
“Hasil pelaksanaan Hari Kitar Semula telah berjaya meningkatkan peningkatan jumlah kutipan barangan kitar semula di samping warga
kampus terus menyahut pelaksanaan aktiviti ini serta barangan kitar semula,” katanya lagi.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!