i@UTeM
UTeM Mail
Wednesday, 02 December 2020

Forum 3 Dimensi: UTeM, Kerajaan Negeri, Komuniti dan Industri Cakna Kelestarian Sungai Melaka

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus cakna akan kelestarian Sungai Melaka dan pada kali ini dengan penganjuran forum kesedaran kepentingan penjagaan dan pembangunan Sungai Melaka.
 
Ianya berteraskan kepada konsep Universiti Untuk Masyarakat (U4S) dan pelaksanaannya berdasarkan “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”,  dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015-2025 di mana “Quadraple Helix Engagement Model” menjadi paksi utama kepada konsep U4S.
 
Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) UTeM, Profesor Madya Ir Dr Md Nazri Othman berkata, UTeM telah mengambil langkah awal berkerjasama dengan pelbagai agensi dan kerajaan negeri dalam menjalankan beberapa aktiviti bagi merealisasikan program Melaka Smart River dalam usaha menjaga kebersihan Sungai Melaka. 
 
Jelas beliau, uniknya pentas forum ini mengupas lebih terperinci dari perspektif Kerajaan Negeri Melaka serta komuniti terbabit iaitu Jabatan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPS), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan juga wakil industri dari STMicroelectronics Sdn. Bhd
 
“Penganjuran ini selari dengan peranan UTeM yang berteraskan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu “Quadraple Helix Engagement Model,”ujarnya.
 
Katanya, model ini melestarikan hubungan antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti serta akan memberi kesan langsung kepada masyarakat dalam bentuk pemerkasaan pengetahuan ilmu, sikap, kemahiran dan aspirasi.
 
“Seterusnya ia yang akan mewujudkan produk atau perkhidmatan baharu bagi menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui peningkatan nilai komersil dan penciptaan kekayaan yang berkaitan,”ujarnya lagi.
 
Moderator bagi forum ini telah dijayakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti & iCOE, Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, UTeM, Prof Madya Ts Dr Effendi Mohamad.
 
Antara panel terlibat adalah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) Muhammad Shahrul Hafidz Ab. Rahim,Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPS) Mohd Zulfazlie Mohd Mukelas, Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk TPr. Murad Husin dan Pengurus Besar STMicroelectronics Sdn. Bhd. CS Tan.
 
Forum U4S Program Kelestarian Sungai Melaka Untuk Masyarakat dan Kerajaan Negeri ini diadakan secara atas talian, semalam dan dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Komuniti & I-CoE, Pejabat Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!