i@UTeM
UTeM Mail
Wednesday, 02 December 2020

UTeM Tangguh Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar Secara Fizikal

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) amat prihatin dan mengambil serius terhadap perkembangan peningkatan kes positif Covid 19, justeru menangguhkan sementara pendaftaran dan kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2020/2021.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ianya juga adalah selari dan merujuk kepada Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020.
 
Jelas beliau, bagi memulakan proses pengajian pada semester ini maka pendaftaran pelajar baharu dan kemasukan semula pelajar kanan bagi sesi kali ini akan dijalankan secara atas talian manakala proses pengajaran dan pembelajaran juga turut akan dilaksanakan secara atas talian sehingga pengumuman baharu dibuat nanti.
 
Katanya, proses sebegini ini dilaksanakan demi kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan semua pihak di samping kita sama-sama berusaha mengawal penularan Covid 19.
 
Bagaimanapun katanya, pelajar yang sudah berada di kampus akan dibenarkan untuk berada di kampus, namun perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penyebaran wabak Covid 19.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, UTeM juga senada dengan saranan KPT iaitu turut akan menangguhkan semua program dan aktiviti yang melibatkan perhimpunan staf dan pelajarnya.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!