i@UTeM
UTeM Mail
Wednesday, 02 December 2020

UTeM Penyumbang Utama Tenaga Kerja Mahir Bidang Digital

Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dikenal pasti antara institut pengajian tinggi yang berada pada tahap antara tertinggi sebagai penyumbang tenaga kerja mahir bidang digital.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ianya merujuk kepada data yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang meletakkan UTeM di tangga ke 6 tertinggi dalam negara sebagai pembekal tenaga kerja mahir profesional bidang digital dan bertepatan dengan bidang tumpuan utama UTeM iaitu Teknologi Pembuatan Termaju (AMT).
 
Jelas beliau, ianya adalah selari dengan peratusan pencapaian kadar kebolehpasaran graduan UTeM yang turut menyerlah iaitu pada kadar 93.7% sekaligus menempatkan UTeM berada pada tangga ketiga tertinggi dalam negara.
 
“Ia sekali gus dapat meningkatkan visibiliti dan kedudukan baik universiti awam sebaris dengan universiti ternama di persada global,” katanya.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM menyifatkan faktor penawaran program di UTeM yang memenuhi kehendak pasaran serta berpakej aliran Revolusi Industri 4.0 terus menjadikan graduan UTeM terus relevan dan profesional.
 
Ujarnya, konsep pengajian dan kurikulum UTeM yang bersandarkan kepada keperluan semasa industri dan teknologi terkehadapan serta latihan industri mampan juga turut mencorak graduan UTeM menjadi lebih berkemahiran tinggi.
 
Merujuk dari segi pembentukan graduan berkemahiran holistik pula, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Profesor Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, UTeM mempunyai resipi tersendiri bagi mencorak graduan berkemahiran tinggi mampan dalam pasaran kerja dunia.
 
“Kami menggunakan formula TUAH iaitu Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik diterapkan dalam diri setiap mahasiswa agar mereka terus berkarisma tinggi di persada dunia,” katanya lagi.
 
Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (JIM), Profesor Madya Ir Dr Md Nazri Othman menambah, keupayaan UTeM membentuk rantaian Kerjasama strategik bersama rangkaian industri dalam dan luar negara merupakan kelainan dan nilai tambah yang dimiliki UTeM.
 
Katanya, dengan rantaian ini maka pihak industri dan UTeM saling bekerjasama dan memberikan input yang berimpak yang diperlukan mereka kepada UTeM di samping berkongsi kepakaran dan teknologi semasa dunia.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!