i@UTeM
UTeM Mail
Tuesday, 20 October 2020

UTeM Anjur iDECON 2020 : Persidangan Maya Antarabangsa Cungkil Dapatan Penyelidikan Kejuruteraan Terkini

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) telah menganjurkan International Conference on Design and Concurrent Engineering 2020 (iDECON 2020) baru-baru ini.
 
Ianya telah berjaya melonjakkan platform perkongsian kepakaran UTeM bersama para penyelidik antarabangsa berhubung penemuan dan dapatan terkini bagi Rekabentuk dan Kejuruteraan Selari yang memberi impak besar kepada kemajuan kejuteraan di peringkat dunia. 
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, uniknya persidangan antarabangsa yang diadakan secara tahunan yang mana buat kali kesembilan anjuran FKP UTeM ini julung kali diadakan dalam bentuk Virtual Conference selaras dengan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. 
 
Jelas beliau, antara lain tujuan utama persidangan ini adalah bagi menyebarluas maklumat penyelidikan, pencapaian dan penemuan saintifik terkini dalam bidang kejuruteraan pembuatan khususnya dalam penyelidikan berasaskan kejuruteraan rekabentuk pembuatan.
 
Tambah beliau lagi, persidangan yang kali pertama diadakan dalam bentukVirtual Conferencetersebut menggunapakai platformStream Yardyang disasarkan kepada 50 orang pembentang kertas yang terdiri daripada jurutera, pengamal industri, ahli akademik, serta ramai lagi termasuk kumpulan pelajar Pasca Siswazah. 
 
Sementara itu, Dekan FKP, Profesor Madya Dr. Zamberi Jamaludin menyatakan bahawa terdapat 25 cadangan topik yang diberikan kepada para pembentang dalam iDECON2020 seperti Product Innovation, Green Design & Sustainability, Sustainable Materials in Design dan pelbagai lagi.
 
Katanya lagi, kesemua kertas kerja yang dibentangkan akan dinilai oleh 97 orang panel penilaian kertas kerja yang terdiri dari pelbagai universiti awam dan antarabangsa dan kertas kerja tersebut juga akan diterbitkan di jurnal akses terbuka Journal of Advanced Manufacturing Technology (JAMT), Journal of Mechanical Engineering and Sciences(JMES), Tribology, Malaysian Journal of Microscopy dan lain-lain jurnal berindeks SCOPUS.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!