i@UTeM
UTeM Mail
Tuesday, 20 October 2020

UTeM Menang Besar Kumpulan Penyelidik Rangkul 15 Pingat

Kumpulan penyelidik yang juga pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta kejayaan besar menerusi pengiktirafan merangkul 7 pingat emas, 7 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Ekspo Maya Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (EREKA 2020).
 
EREKA 2020 merupakan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara maya selari norma baharu di musim pandemik.
 
Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM memperoleh pingat untuk semua penyertaan iaitu sebanyak 15 produk yang dipertandingkan, sekali gus satu pencapaian membanggakan seluruh warga universiti ini.
 
Katanya, UTeM menetapkan penyertaan bagi penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.
 
“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional,” katanya di sini.
 
Pada EREKA 2020, 7 pingat emas yang dimenangi UTeM antaranya menerusi produk 3-Dimensional 4h-Sic Mosfet (Finfet) yang diketuai oleh Dr. Muhammad Idzdihar Idris, Fishing Bait Launcher diketuai Mohd Noor Asril Saadun dan Hybrid Vertically Take- Off and Landing Unmanned Aerial Vehicle (Hybrid VTOL UAV) diketuai oleh Dr. Juffrizal Karjanto.  
 
4 lagi produk adalah Lock: Advanced Vacuum Clamping System With Enhanced Safety Features diketuai Ts. Dr. Norfariza Ab Wahab, Motorcycle-To- Motorcycle Towing diketuai Dr. Shamsul Anuar  Shamsudin, Progressive Drill Reamer diketuai Prof. Madya Dr. Mohd Shukor Salleh dan Roundabout Sensor Detection System diketuai Dr. Nurul Hilwa Mohd Zini.

7 produk inovasi UTeM yang telah berjaya mendapat pingat perak pula adalah Organic Intelligent Candle (OIC), Organic Plastic Alternatives (OPA), Portable Mechanical Lifting Equipment,
Real Time Rubber Strain Gauge with Ambient of Mobile Monitoring System, Recorded Heating Oil Bath System, Semi-Automatic Drain Cleaner Machine, TUAH Parcel Drop Box.
 
Sementara itu pingat gangsa pula diraih oleh produk inovasi 3D Printed Bearing With Internal Geometry sekaligus menjadikan kesemua produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan ini berjaya beroleh pingat serta menzahirkan kumpulan produk inovasi UTeM adalah diiktiraf dan terus berpotensi tinggi kepada golongan komuniti.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!