i@UTeM
UTeM Mail
Tuesday, 20 October 2020

Perpustakaan Laman Hikmah UTeM Laksana Khidmat Masyarakat dan Kongsi Kepakaran Terhadap Pusat Sumber Sekolah

Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Melaka) mengambil inisiatif jalankan program khidmat masyarakat dan kongsi kepakaran terhadap Pusat Sumber Sekolah.
 
Ianya melibatkan 2 buah Pusat Sumber iaitu di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput dan Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka, baru-baru ini.
 
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Laman Hikmah UTeM, Azman Ayup berkata, antara objektif diadakan program ini adalah untuk mendekatkan warga Perpustakaan Laman Hikmah UTeM bersama komuniti sekitar sebagai tanggungjawab sosial.
 
Jelasnya, program ini merupakan sumbangan Perpustakaan Laman Hikmah UTeM kepada pengurusan sekolah dengan memberikan khidmat nasihat dan bantuan dalam memastikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dapat diuruskan secara sistematik dan efisyen.
 
“Ianya adalah bagi membantu mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah tersebut,” ujarnya lagi.
 
Katanya, mereka turut membantu sekolah tersebut melakukan persediaan dalam menyertai pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang di peringkat negeri dan Kebangsaan pada tahun ini.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, mereka juga menganjurkan Sesi Bicara Santai @ FB Live yang membicarakan topik berkenaan kerjasama antara perpustakaan, cabaran dalam arus semasa yang dihadapi serta teknologi dan gaya yang berkait rapat dengan Revolusi Industri 4.0 di peringkat pengajian tinggi dan peringkat persekolahan.
Program yang melibatkan seramai 24 orang staf Perpustakaan Laman Hikmah UTeM ini berjaya memupuk semangat muhibah dan mengeratkan lagi hubungan antara UTeM dan kemajuan Pusat Sumber sekolah-sekolah di negeri Melaka ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!