i@UTeM
UTeM Mail
Tuesday, 11 May 2021

Mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Professor Datuk Ir Dr Mohd Jailani Mohd Nor Jailani telah berkongsi 5 langkah mudah untuk diamalkan orang ramai bagi menangani tekanan sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Dr Jailani berkongsi kaedah ini menerusi secara atas talian anjuran Bahagian Pembangunan Bakat, Pejabat Pendaftar, UTeM, baru-baru ini yang diikuti oleh warga UTeM.
 
Beliau berkata, langkah pertama adalah Kita perlu banyak berdoa dan langkah ini terbukti berkesan berdasarkan pengalaman sebenar yang telah dilalui sebelum ini.
 
Menyingkap kembali pada waktu itu beliau telah terkandas di Lapangan Terbang Attarturk, Istanbul, Turki yang mana berdepan situasi genting peristiwa cubaan rampasan kuasa negara itu pada tahun 2016 yang lalu.
 
Jelasnya, beliau berserah pada Allah dan memperbanyakkan berdoa dan alhamdulillah saya dan beberapa rakan yang lain semuanya selamat pulang ke Malaysia.
 
Ujar beliau, langkah kedua pula adalah kaedah menarik nafas secara dalam dan perlahan mengikut hidung kemudiannya lepas nafas menerusi mulut dilakukan secara ulangan sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali.
 
"Langkah ketiga adalah melakukan kaedah pernafasan bersama wayang minda yang mana kita menarik nafas sambil membanyangkan udara bersih yang disedut manakala sewaktu melepaskan nafas pula kita bayangkan segenap aura dan pemikiran negatif keluar dari tubuh badan kita.
 
"Langkah keempat pula diikuti dengan amalan inkantasi (mantera minda), yang mana kita ucapkan kepada diri kita ungkapan yang positif dan memberi semangat. Sebagai contoh katakan: "Semua ini hanya sementara.”
Ianya datang dan suatu hari nanti ia akan lenyap selepas ini, ujarnya sewaktu dalam ceramah secara atas talian baru-baru ini.
 
Mengulas lanjut beliau mengupas langkah kelima adalah dikenali sebagai 'kepekaan diri' yang mana praktiknya adalah dengan kaedah kita memerhati dalam diri kita sendiri sambil memerhati apa yang sedang kita rasa tanpa menghakimi atau menilainya. Hanya perhati sahaja apa yang anda sedang rasa.
 
Ujarnya, sewaktu praktik langkah kelima ini kita hanya perhati dan rasai sahaja apa yang kita rasa namun jangan sesekali kita hakimi diri kita justeru dengan itu biasanya separuh dari kesan permasalahan akan mulai hilang.
 
Dr Jailani kini menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bendahari, UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berinisiatif tinggi membangunkan produk inovasi yang memberi manfaat kepada sektor perindustrian dan juga komuniti masyarakat dunia.
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, antara produk yang dibangunkan oleh kumpulan penyelidik UTeM adalah Alternatif Plastik Organik (APO) atau turut dikenali sebagai Organic Plastic Alternative (OPA).
 
Jelas beliau, produk ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ianya berasaskan daripada minyak masak terpakai yang digunakan semula menjadi produk bermanfaat.
 
Katanya, produk inovasi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan produk plastik sedia ada yang dihasilkan daripada polimer berasal daripada minyak petroleum mentah yang sangat toksik dan merbahaya.
 
APO ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik UTeM yang diketuai oleh Dr Mohd Hafidzal Mohd Hanafi yang merupakan Penyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), UTeM.
 
Menurut Dr Hafidzal, mereka memilih untuk membangunkan APO ini berdasarkan faktor ingin bersama menjaga kelestarian dan ekosistem alam sekitar dengan penggunaan semula minyak masak terpakai.
 
“Langkah ini dapat mengurangkan kesan sisa minyak terhadap saliran air yang boleh menyebabkan pencemaran permukaan air serta gangguan bekalan oksigen terhadap hidupan akuatik,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.
 
Mengulas mengenai bagaimana APO ini berfungsi, Dr Hafidzal menyatakan minyak masak terpakai akan dicampurkan bersama bahan organik dan juga penghablur untuk menjadikan produk bersifat seperti plastik.
 
Katanya, bahan yang digunakan sepenuhnya adalah bahan-bahan organik minyak masak terpakai yang dirawat dan digunakan semula serta ianya mesra alam di
samping serta menggunakan konsep kitar semula mengelakkan pencemaran alam sekitar.
 
APO dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai Dr Hafidzal bersama 4 orang pensyarah FKM Nurul Hanim Razak, Ts. Dr. Asriana Ibrahim, Dr. Nur Izyan Zulkafli dan Prof Madya Ir. Ts. Dr Mohd Rizal Alkahari.
 
Turut melibatkan 2 pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) iaitu Dr. Ridhwan Jumaidin dan Dr. Mohd Taufik Taib serta 4 orang penuntut FKM iaitu Nurin Aina Syafiqah Shahrum, Farah Farzana Adrizal, Anis Ainaa Omar dan Nurul Afwanisa Ab Razak.
 
Dr Hafidzal berkata, APO menyumbangkan manfaat secara langsung kepada masyarakat dan alam sekitar lalu kami menyasarkan produk ini boleh menjadi alternatif kepada filament 3D printing yang mana menggunakan bahan yang berbeza dengan yang sedia ada iaitu minyak masak terpakai.
 
"Penyelidikan produk inovasi APO ini telah bermula pada tahun 2013 sehingga kini menerusi geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) dari UTeM dan geran FRGS daripada KPT manakala proses penyelidikan untuk meningkatkan keupayan dan potensi produk ini terus giat dijalankan.
 
“Kami turut merangka proses kolaborasi dengan Perbadan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) di samping memperluaskannya dalam sektor industri percetakan 3D kerana kos produk ini adalah rendah dan efektif,” ujarnya lagi.
 
Mengulas mengenai kejayaan yang telah dikecapi menerusi produk APO ini, Dr Hafidzal berkata, banyak kemenangan telah dicapai sepanjang penyertaan mereka dalam pertandingan produk inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Katanya, produk inovasi APO pernah memenangi pingat emas dalam Apprentice Innovation & Research Exhibition (AIREX) 2020, manakala 4 pingat perak dalam Karnival Inovasi UTeMEX 2020, International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2020, Ekspo Maya Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (EREKA) 2020 dan Anugerah Hijau Melaka 2019

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melakar catatan kejayaan apabila menggondol pelbagai anugerah dalam Majlis Anugerah Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2019 yang diadakan secara atas talian baru-baru.
 
Penilaian dan pengiktirafan oleh MAKUM ini berdasarkan kepada pencapaian kejayaan dan kecemerlangan oleh universiti-universiti Malaysia dalam aktiviti, pertandingan dan festival yang dianjurkan di peringkat MAKUM sepanjang tahun 2019.
 
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abdul Manap gembira dengan pencapaian ini yang telah dipamerkan oleh barisan mahasiswa UTeM dan juga kakitangan HEP UTeM ini.
 
Jelas beliau, walaupun UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada pendidikan teknikal namun UTeM sentiasa menyediakan peluang dan fasiliti kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang berminat dengan seni budaya untuk menzahirkan minat dan bakat mereka dalam bidang tersebut sebagai aktiviti kokurikulum tambahan.
 
"Selari itu, UTeM turut tidak asing dalam melahirkan pelajar yang turut menjurus kepada bidang seni yang mana secara realitinya telah memenangi beberapa pertandingan yang berfokuskan kepada bidang seni dan kebudayaan,” ujarnya lagi.
 
Kemenangan yang telah diraih oleh mahasiswa dan mahasiswi UTeM pada kali ini adalah Anugerah Bonang Emas Lelaki (individu yang cemerlang dalam seni dan budaya) telah diraih oleh Muhamad Shahreen Sabarani dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).
 
Anugerah Bonang Emas Wanita (Individu yang cemerlang dalam seni dan budaya) oleh Mirza Syamimi Mohazrifi dari Fakulti Kejurteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).
 
Sementara itu UTeM turut memenangi Anugerah Gong Kencana dan satu lagi pula adalah Anugerah Gambang Mustika (Persatuan Seni Terbaik) yang diwakili oleh pasukan Wind Orkestra UTeM.
 
Di samping itu 3 orang kakitangan HEP UTeM turut mencapai kejayaan tersendiri pada kali ini yang mana Pegawai Kebudayaan Unit Teater, HEP UTeM Allahyarham Shahrulfadli Yahaya menerima Anugerah Gayor Gemilang Emas MAKUM.
 
Sementara itu Ahli Muzik UTeM, Hamidi Mohd Hasnan merangkul Anugerah Gendang Sari MAKUM manakala Pegawai Kebudayaan Unit Tarian, HEP, UTeM, Rosmiza Mohd Saad pula merangkul Anugerah Lambang Sari MAKUM dan
 
MAKUM merupakan sebuah Majlis yang telah ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan menggalakkan aktiviti - aktiviti berbentuk seni, budaya dan kreatif oleh para pelajar universiti-universiti seluruh negara.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus berinisiatif tinggi dengan menggerakkan strategi mampan dan tersendiri bagi mencapai tahap 5 bintang pada penarafan Malaysia Research Assesment (MyRA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
 
Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, bagi mencapai sasaran 5 bintang ini maka kami menggerakkan strategi penubuhan Ekosistem MyRA di peringkat dalaman.
 
Jelas beliau, Ekosistem MyRA ini merangkumi semua komponen penting yang menyumbang kepada kecemerlangan penarafan MyRA iaitu staf akademik sebagai penghasilan output, pengumpulan dan penilaian data, audit dalam, paparan digital pencapaian semasa serta perancangan dan pemantauan strategi dan pelan tindakan.
 
Katanya, segenap komponen pula diterajui 5 jawatankuasa-jawatankuasa/juruaudit bagi menggerakkan ekosistem ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu MyRA yang diterajui Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
 
“Sementara itu 3 Jawatankuasa seperti Task Force MyRA, Jawatankuasa Dashboard MyRA dan Jawatankuasa Pelaksana MyRA diketuai oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM manakala Jawatankuasa MyRA Fakulti/Pusat/Institut diketuai oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan) bagi setiap fakulti.
 
“Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan saling melengkapi kerangka kerja Ekosistem MyRA UTeM yang telah disusun strategik pada kali ini dan diyakini mampu melonjakkan kedudukan semasa UTeM pada tahap 3 bintang MyRA kepada 5 bintang dalam tempoh 2 tahun,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.
 
Dr Raha berkata, kerangka strategik Ekosistem MyRA UTeM ini sekaligus bertindak memastikan perancangan strategi dan pelan tindakan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan penarafan MyRA dapat dilaksanakan secara holistik.
 
Ujarnya, ianya juga melancarkan proses pengumpulan, pengesahan dan penilaian data penyelidikan berjalan dengan berkesan dan sistematik di samping
membangunkan paparan digital data MyRA secara langsung bagi pemantauan pencapaian MyRA.
 
Mengulas lanjut Dr Raha berharap dengan penubuhan ekosistem MyRA UTeM ini maka kecemerlangan MyRA UTeM dapat ditingkatkan dengan penglibatan daripada semua warga UTeM.
 
Strategi ini juga menjadi serampang 2 mata apabila ianya turut memberi kesan berangkaian kepada beberapa medan pencapaian UTeM yang lain seperti QS ranking, THE ranking dan lain-lain.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengiktiraf bakat dan pencapaian mahasiswanya yang dikenali sebagai TUAH UTeM menerusi Majlis Anugerah Gemilang Universiti (AGU) 2019 yang diadakan pada 23 Disember lalu.
 
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM, Prof Madya Dr Nurulfajar Abd Manap berkata, AGU merupakan usaha pengurusan universiti melalui Pejabat HEP memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mahasiswa UTeM yang telah bergiat aktif, mencapai kejayaan serta mengharumkan nama UTeM dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat nasional dan global.
 
Jelasnya, AGU ini turut membuka peluang kepada mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan sahsiah bagi melahirkan insan yang seimbang.
 
Ianya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam aspek kepimpinan, sukan, kebudayaan, kesukarelawan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam, dan lain-lain.
 
Dalam AGU 2019 ini anugerah pemimpin organisasi terbaik telah menjadi milik Muhammad Isa Ishak yang mewakili FETSA dan anugerah olahragawan UTeM pula dimenangi oleh Hamdanwahid Rinaldi yang telah mencapai banyak kemenangan menerusi sukan taekwando peringkat nasional dan antarabangsa.
 
Sementara itu, anugerah olahragawati UTeM pula menjadi milik Anis Amira Basri yang telah mencapai banyak kemenangan bagi sukan petanque di pelbagai peringkat manakala anugerah kelab atau persatuan terbaik pula dimenangi oleh Kelab Fasilitator Sahabat Siswa (FaSaSi).
 
Di samping itu, AGU 2019 turut mengiktiraf pencapaian aspek kepimpinan individu menerusi anugerah pemimpin program keusahawanan terbaik, pemimpin program kesukarelawan terbaik, pemimpin program sains teknologi dan inovasi terbaik, pemimpin program pembangunan sahsiah/intelek terbaik dan pemimpin program sukan terbaik.
 
Dalam aspek sukan turut diberi pengiktirafan bagi anugerah pasukan harapan, anugerah pasukan cemerlang, anugerah kelab cemerlang, anugerah pengurus cemerlang, anugerah olahragawati harapan dan anugerah olahragawan harapan.
 
Antara kategori lain yang turut diberikan anugerah adalah kategori kepimpinan pasukan menerusi 7 anugerah dan pada kali ini turut disampaikan penghargaan khas yang dikenali sebagai anugerah khas juri.
 
Kesemua penerima anugerah pada majlis AGU 2019 ini menerima wang tunai, sijil dan juga trofi.
 
Dr Nurulfajar berkata, AGU ini menjadi platform bagi membentuk calon-calon pelajar yang akan diangkat ke Anugerah Tokoh Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi dan atlet terbaik universiti (lelaki dan wanita) di Majlis Anugerah Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang diadakan pada setiap tahun.
 
Mengulas lanjut, beliau meletakkan harapan agar AGU ini juga dapat menyuntik semangat, kesedaran, motivasi serta melebarkan peluang kepada para mahasiswa untuk mengetengahkan potensi dan bakat yang ada.

Page 6 of 99


Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal,
Melaka, Malaysia.
Tel : +606 270 1000
Fax : +606 270 1022
Email : webmaster@utem.edu.my

Newsletter

Subscribe to UTeM newsletter. Don’t miss any news or stories.

We do not spam!