Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa individu yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi di UTeM. Maklumat jawatan tersebut adalah seperti berikut:

Jawatan : Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Tertinggi
Gred Jawatan : Gred Utama C (VU7)
Jumlah Gaji : Minimum RM7,676.00
  : Maksimum RM20,592.00
Status Pelantikan : Secara Khas Untuk Penyandang Peringkat Dalaman (KUPD); atau Pelantikan Kontrak (Calon Luar)    
Tempoh  Satu (1) hingga tiga (3) tahun tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti

RINGKASAN TUGAS

Meneraju, merancang dan menetapkan hala tuju pengurusan dan perkhidmatan sumber manusia, pembangunan bakat, governan dan pentadbiran, pengurusan hal ehwal akademik serta sistem penyampaian perkhidmatan Universiti dilaksanakan berdasarkan tadbir urus terbaik, berintegriti dan profesionalisme. Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi bertanggungjawab dan melapor terus kepada Naib Canselor.

SYARAT LANTIKAN

Calon Luar:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Kelayakan Akademik:
    1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Calon Dalam:

  1. Disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Mencapai markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 80% dan ke atas (3 tahun);
  3. Bebas dari tindakan tatatertib;
  4. Telah mengisytiharkan harta;
  5. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan
  6. Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan.


CARA MEMOHON

Calon yang berminat untuk mengisi jawatan Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi perlulah mengemukakan permohonan rasmi berserta dokumen seperti berikut:

  1. Permohonan Jawatan beserta gambar berukuran pasport (Lampiran A);
  2. Salinan sijil-sijil yang telah disahkan;
  3. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap;
  4. Kertas cadangan ringkasan mengenai perancangan jangka pendek dan jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTeM; dan
  5. Sokongan Ketua Perkhidmatan (Calon Luar).

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Ketua
Bahagian Pembangunan Bakat
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka.

atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. /This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 MAC 2021

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Bakat, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka di talian: 06-2701943/1954.
Sekian, terima kasih.

Muat turun iklan - IKLAN JAWATAN PENDAFTAR UTeM
Lampiran - Lampiran A (Calon Dalam), Lampiran A (Calon Luar)

 


Enter your email address for subscribe UTeM Events:

Connect With Us
   

Copyright © 2020 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All Rights Reserved.
Legal Disclaimer | Privacy & Security Policy | Copyright | Contact Information

Last Updated : 7 April 2020

Jata Negara
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric