i@UTeM
UTeM Mail

Canselor

1

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob
 

Tun Mohd. Khalil ialah anak ketiga kepada Yaakob bin Awang Shukor dan Salmah binti Zainuddin. Beliau telah dilahirkan di Kuantan , Pahang pada 29 Disember 1937. Beliau baru berusia empat tahun ketika Jepun menjajah Malaya.

Tun Mohd. Khalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Oleh kerana kecemerlangan beliau dalam akademik, beliau telah ditawarkan tempat untuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1950. Selepas menamatkan pengajian menengah, Mohd. Khalil meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada 1962.

Semasa di universiti, selain menjadi Ahli Jawatankuasa untuk Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd. Khalil juga menjadi Presiden Kesatuan Sukan, Ketua Pasukan kepada pasukan atlit dan mewakili universiti dalam sukan ragbi. Pada 28 Februari 1965, beliau telah berkahwin dengan Zurina Kassim yang berasal dari Melaka. Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Mohd. Raznam, Lalla Nezha dan Rahadian Mahmud.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Mohd. Khalil telah berkhidmat di Kementerian Luar Negeri. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Diplomat, beliau telah ditugaskan di beberapa negara seperti Itali, Maghribi, Singapura dan Indonesia.

Selepas menghabiskan masa selama 13 tahun di luar negara, Mohd. Khalil pulang ke Malaysia dan dilantik sebagai Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ), Pahang. Pengalaman beliau semasa di luar negara telah membantu beliau untuk membawa pembangunan dan menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dengan berkesan.

Semasa berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Indonesia, Mohd. Khalil mengambil peluang untuk menghadiri kursus di Kolej Pertahanan Nasional (Lemhanas), Jakarta pada Tahun 1974. T.Y.T Tun juga telah dikurniakan dengan Ijazah (PHD Kehormat) dari University of Southern, Philippines pada tahun 1980 dalam bidang pentadbiran awam. T.Y.T Tun juga telah menerima PHD Kehormat dari The Oxford Centre of Leaderships, London pada tahun 2007. Pada tahun 2013 ini juga T.Y.T Tun telah dikurniakan dengan Anugerah Legendary Brand Icon Leadership Award 2013 oleh The Brandlaureate Malaysia.

Penglibatan beliau dalam politik bermula pada pilihanraya 1978 apabila beliau telah diberikan mandat untuk mewakili Barisan Nasional bagi Dewan Undangan (DUN) Bukit Ibam, yang membawa kemenangan besar.

Beliau telah memberikan komitmen yang tinggi sebagai Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam dan telah membawa pembangunan yang besar bagi kawasan itu. Kecemerlangan beliau sebagai Wakil Rakyat telah melayakkan beliau untuk mewakili BN di kerusi Parlimen Maran untuk Pilihan Raya 1982 dan beliau telah menang.

Kemenangan itu telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau juga adalah antara pelopor yang mengilhamkan penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM), universiti awam ke enam di Malaysia.

Pada 14 Julai 1984, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab untuk perkara-perkara berkaitan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Pada Pilihan raya 1986, Mohd. Khalil bertanding untuk DUN Bukit Tanjau dan memang. Pada 14 Ogos 1986 beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke 13. Selepas 13 tahun di Pahang, iaitu pada 22 Mei 1999, beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Pahang dan bertukar ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Senator. Semasa Pilihan raya Umum ke-9, beliau bertanding untuk Parlimen Kuantan dan menang dengan majoriti 7,361 undi. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO.

Mohd. Khalil telah dianugerahkan dengan beberapa Pingat Kebesaran oleh Sultan Pahang iaitu Setia Mahkota Pahang (SMP), Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Seri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Selain itu beliau turut dianugerahkan Pingat Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) dan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang memberi gelaran Tan Sri oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2003, Yang di-Pertua Negeri Sabah menganugerahkan Pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima manakala Sultan Kelantan pula telah berkenan menganugerahkan beliau Darjah Al-Ismail (SJMK). Beliau juga menerima Grand Cross of The Order of Merit – G.C.O.M (Germany). Pada 20 Julai 2004, Mohd. Khalil telah menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), yang memberi gelaran Tun, oleh Yang di-Pertuan Agong. T.Y.T Tun juga telah dikurniakan Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Yang Amat Terpilih (SUMZ) oleh KDYMM Sultan Terengganu dan Datuk Patinggi Bumi Kenyalang (D.P) dari T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang Ke 6, pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merasa bangga kerana Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil bin Yaakob telah dilantik sebagai Canselor UTeM Ke 2 dalam Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Pertama Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia pada Tahun 2004 dan menjawat jawatan tersebut sehingga kini.
   

 

Save

Ketua Jabatan 2020

1

CANSELORI

NC

PROF. DATUK WIRA DR. RAHA ABDUL RAHIM
NAIB CANSELOR


PPPC

PUAN FAZIDAH BINTI ITHNIN
Pengarah, Pejabat Pengurusan & Perhubungan Canselori


AUDIT

PUAN NOR ATEKAH BINTI OMAR @ MAHMUD
Ketua Juru Audit, Pejabat Audit Dalam


PUU

DATUK AZHAR BIN MOHAMED
Penasihat Undang-undang, Pejabat Penasihat Undang-Undang


PMO

PUAN HJH. FARIDAH BINTI HJ MD AMIN
Pengarah, Pejabat Pengurusan Program

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

TNC

PROF. DR. ZULKIFILIE BIN IBRAHIM
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)


DR. HYREIL ANUAR BIN KASDIRIN
Pengarah, Pejabat Perancangan & Pembangunan Akademik


PROF. MADYA DR. BURHANUDDIN BIN MOHD ABOOBAIDER
Pengarah, Pejabat Antarabangsa


PROF. TS. DR. FAAIZAH BINTI SHAHBODIN
Pengarah, Pusat Kecemerlangan & Kesarjanaan Akademik


DR. ZULISMAN BIN MAKSOM
Pengarah, Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran


PROF. DR. ABDUL RANI BIN OTHMAN
Pengarah, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat


PROF. MADYA DR. MOHD RIZAL BIN SALLEH
Pengurus Besar, Kilang Pengajaran

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

TNC

PROF. DR. ZULKIFILIE BIN IBRAHIM
Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi


PROF. DR. ZAHRILADHA BIN ZAKARIA
Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (CRIM)


DR. MUHAMMAD HERMAN BIN JAMALUDDIN
Pengarah, Pusat Pengkomersilan


PROF. MADYA DR. HASLINDA BINTI MUSA
Pengarah, Pusat Edu-Pelancongan UTeM


PROF. DR. GHAZALI BIN OMAR
Pengarah, Pusat Pembuatan Termaju

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)

TNC

PROF. MADYA DR. NURULFAJAR BIN ABD MANAP
(Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar)


DR. MOHAMAD FUZI BIN SAIDIN
Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan


PROF. MADYA TS. DR. MOHD SANUSI BIN AZMI
Pengarah, Pusat Sukan

PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)

TNC

PROF. MADYA IR. DR. MD NAZRI BIN OTHMAN
Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat)


PROF. MADYA DR. KOK SWEE LEONG
Pengarah, Pusat Hubungan Industri


DR. KHAIRUDDIN BIN OSMAN
Pengarah, Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan


DR. MOHD AMIN BIN MOHAMAD
Pengarah, Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE)


PROF. MADYA TS. DR. EFFENDI BIN MOHAMAD
Pengarah, Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE

PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN FASILITI)

PNC

PROF. MADYA Ts. MOHD RAHIMI BIN YUSOFF
Penolong Naib Canselor (Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti)


ENCIK. AINUDDIN BIN ABU KASSIM
Pengarah, Pejabat Pengurusan Fasiliti


IR. DR. RAYME BIN ANANG MAHSURI
Pengarah, Pejabat Pengurusan Pembangunan


ENCIK. MOHD ERWAN BIN MD YUSOP
Pengarah, Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti


PROF. MADYA JUHARI BIN AB RAZAK
Pengarah, Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar


KAPTEN (B) AHMAD SHAKIR BIN YAHAYA
Pengarah, Pejabat Keselamatan

PENDAFTAR

PENDAFTAR

ENCIK MASDZARIF BIN MAHAT
Ketua Pegawai Operasi

BENDAHARI

BENDAHARI

ENCIK KHAIRUL BIN TAIB
Bendahari

PEJABAT KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

CIO

ENCIK MOHD ISA BIN MOHD DOM
Ketua Pegawai Maklumat, UTeM


PUAN NORHAZLENA BINTI SABTU
Pengarah, Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi


ENCIK AZMAN BIN HJ AYUP
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan


TS. DR. SITI NURUL MAHFUZAH BINTI MOHAMAD
Pengarah, Penerbit Universiti

PUSAT ISLAM

PUSAT ISLAM

DR. MUHD AKMAL NOOR @ BUANG BIN RAJIKON
Pengarah, Pusat Islam

PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK, KUALITI & RISIKO

PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK, KUALITI & RISIKO

PROF. MADYA DR. HIDAYAT BIN ZAINUDDIN
Pengarah, Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti & Risiko

Lembaga Pengarah 2020

1

• PENGERUSI
ACADEMICIAN TAN SRI DR. IR. AHMAD TAJUDDIN ALI, FASc. ACADEMICIAN TAN SRI DR. IR. AHMAD TAJUDDIN ALI, FASc
(16 Februari 2019 - 15 Februari 2021)

Pengerusi Bersama (Industri)
Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT)
• AHLI
1 YBHG. PROF. DATUK WIRA DR. RAHA ABDUL RAHIM
Naib Canselor,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
1 YB DATUK SERI HASIM BIN HASAN
(1 April 2019 - 31 Mac 2022)
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
Pejabat Kerajaan Negeri Melaka
1 YBHG. TUAN HAJI KAMARUZAMAN BIN MAHMOOD
(1 Jun 2020 – 31 Mei 2023)

Setiausaha Bahagian Kewangan,
Kementerian Pengajian Tinggi.
1

YBHG. DATUK NIK AIRINA BINTI NIK JAFFAR
(15 Februari 2018 - 14 Februari 2021)
Pengarah Urusan Projek-Projek Khas,
UEM Group Berhad

YBHG. DATUK DR. HJ. ZAHAZAN BIN MOHAMED
(15 Disember 2018 - 14 Disember 2021)
Pengarah Urusan,
Telaga Biru Sdn. Bhd.

YBHG. DATO' ROSLINA BINTI ZAINAL
(15 Mac 2019 – 14 Mac 2022)
Felow Kanan,
Bahagian Strategi Penyelidikan dan Pelaburan Khazanah (KRIS),
Khazanah Nasional Berhad

YBRS. PROFESOR DR. GHAZALI BIN OMAR
(1 Mei 2020 – 30 April 2023)
Pengarah,
Pusat Pembuatan Termaju (AMC),
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

1 YBRS. ENCIK ZULKHAIRIL AMAR BIN MOHAMAD
(1 April 2019 - 31 Mac 2022)

Ketua Penolong Pengarah,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia
1 YBRS. Ir. HAJI AHMAD BIN TAMBY KADIR
(1 Oktober 2019 - 30 September 2022)

Pengarah Bersekutu
Pembangunan Perniagaan 
Iktisas Ingenieurs Sdn Bhd
1 YBRS. Ts. DR. ZAHRI BIN YUNOS 
(15 Mei 2020 - 14 Mei 2023)

Ketua Pegawai Operasi
CyberSecurity Malaysia.
 
• SETIAUSAHA
1 YBRS. EN. MASDZARIF BIN MAHAT 
Ketua Pegawai Operasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
 

 

Objektif Kualiti

1

1.
Meningkatkan Kepuasan pelajar
2.
Meningkatkan Tahap Pencapaian  Pelajar
3.
Melaksanakan penambahbaikan yang berterusan
4.
Menanamkan nilai dan budaya bekerja yang cemerlang
5.
Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat
6.
Menghasilkan penemuan penyelidikan terkini serta bermanfaat kepada masyarakat
7.
Menawarkan perkhidmatan perundingan yang cekap dan berkesan
8.
Menyumbangkan kepakaran universiti untuk meningkatkan tahap kualiti masyarakat sejagat
9.
Mendapatkan dan mengekalkan pengiktirafan MS ISO 9001:2008

 

Save

Pengurusan Tertinggi 2020

1

Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim

PROF. DATUK WIRA DR. RAHA ABDUL RAHIM
Naib Canselor

Pautan ke Laman Web


Prof Dr Zulkifilie Ibrahim

PROF. DR. ZULKIFILIE BIN IBRAHIM
Timbalan Naib Canselor, Akademik & Antarabangsa


Prof Dr Zulkifilie Ibrahim

PROF. DR. ZULKIFILIE BIN IBRAHIM
Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi


Pm Dr Nurulfajar Abd Manap

PROF. MADYA DR. NURULFAJAR BIN ABD MANAP
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar


PROF. MADYA IR. DR. MD NAZRI BIN OTHMAN

PROF. MADYA IR. DR. MD NAZRI BIN OTHMAN
Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri Dan Masyarakat


Pm Ts Mohd Rahimi Yusoff

PROF. MADYA Ts. MOHD RAHIMI BIN YUSOFF
Penolong Naib Canselor, Pembangunan Dan Pengurusan Fasiliti


Masdzarif Mahat

ENCIK MASDZARIF BIN MAHAT
Ketua Pegawai Operasi


Khairul Taib

ENCIK KHAIRUL BIN TAIB
Bendahari


Mohd Isa Mohd Dom

ENCIK MOHD ISA BIN MOHD DOM
Ketua Pegawai Maklumat


Datuk Azhar Mohamed

DATUK AZHAR BIN MOHAMED
Penasihat Undang-Undang

Pro Canselor 2020

1



Y.Bhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh
 
Y.Bhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh

Y.Bhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh dilahirkan pada tanggal 25 Februari 1953 di Tangga Batu, Melaka. Beliau mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Datin Wira Saudah binti Rahmat dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dengan Kepujian) pada tahun 1975. Komitmen kerjaya beliau yang tinggi tidak menghalang beliau daripada menimba ilmu pengetahuan. Justeru itu pada tahun 1979, beliau telah menyertai Program Kaunselor Perdagangan yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Antarabangsa Jerman dan diikuti Program Pengurusan Lanjutan Harvard pada 2007. Beliau turut menghadiri pelbagai kursus, seminar dan bengkel anjuran pelbagai pertubuhan atau organisasi dalaman mahupun antarabangsa iaitu INTAN, ASEAN, EEC, APEC, JICA, KOTRA dan Pertubuhan Perdagangan Taiwan.

Datuk Wira Ismail Saleh mempunyai pengalaman yang luas di Sektor Perkhidmatan Awam dengan pengalaman selama 36 tahun.

Beliau memulakan karier sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pengalaman dan peranan beliau dalam bidang perdagangan antarabangsa semakin menyerlah apabila diberi kepercayaan selaku Penolong Pesuruhjaya Perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di San Francisco (1980), Pesuruhjaya Perdagangan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia di Singapura pada tahun 1982 dan jawatan yang sama di Paris pada tahun 1988.

Beliau seterusnya menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Industri sebelum dilantik sebagai Pengarah Kanan di SME Corporation. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Perdagangan, Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Perdagangan serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Datuk Wira Ismail bin Saleh telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2005 sehingga 2008. Mulai tahun 2008, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi (KPPK). Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada tahun 2011.

Hasil sumbangan besar beliau kepada Negara, Kerajaan Negeri Melaka telah mengiktiraf dan menganugerahkan beliau Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira disamping penganugerahan Darjah Seri Melaka (D.S.M.) dan Darjah Kebesaran Persekutuan, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.).

Datuk Wira Ismail bin Saleh juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di pelbagai organisasi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pada ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Tradewinds (M) Berhad, Pengerusi Eksekutif MARDEC Berhad dan Pengerusi Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. Beliau turut dilantik menganggotai ahli lembaga pengarah Tradewinds (M) Bhd., Tradewinds Plantation Bhd, Padiberas Nasional dan Gula Padang Terap Sdn Bhd.

YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh telah dilantik sebagai Pro Canselor sejak tahun 2013.

 


 

YBhg. Datuk Dr. Sabirin bin Ja'afar
 
YBhg. Datuk Dr. Sabirin bin Ja'afar

Datuk Dr Sabirin Bin Ja’afar PhD, DMSM dilahirkan pada tanggal 16 Julai 1963, di Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka. Mula bersekolah rendah dan sekolah agama rakyat di kampungnya tahun 1970 - 1975 dan kemudiannya terpilih memasuki sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Melaka (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah), Ayer Keroh sebagai kumpulan pertama tahun 1976 - 1980. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran tingkatan 6 di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban tahun 1981-1982 sebelum terpilih sebagai kumpulan perintis Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) tahun 1983 - 1987 dalam jurusan undang-undang.

Setelah lulus Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons) tahun 1987 beliau menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan bermula sebagai majistret di Kuala Kubu Bharu dan Kajang sebelum bertugas sebagai Penolong Kanan Pendaftar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Ketua Unit Penyelidikan, Mahkamah Persekutuan. Kemudiannya beliau memegang pelbagai jawatan seperti Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Timbalan Pendaftar dan Ketua Pentadbir Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang, Hakim Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur sebelum bertugas sebagai Pegawai Khas kepada YAA Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah, Ketua Hakim Negara. Setelah menamatkan ijazah PhD di United Kingdom beliau bertugas sebagai Pengarah Penguatkuasaan dan Undang-Undang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Penasihat Undang-Undang Kementerian Pertahanan dan selepas itu dipinjamkan ke badan antarabangsa sebagai Pengurus di Malaysia-Thailand Joint Authority sebelum bersara secara pilihan daripada perkhidmatan kerajaan tahun 2011.

Semasa dalam perkhidmatan Datuk Dr. Sabirin memberi kuliah sebagai pensyarah sambilan di peringkat Diploma Lanjutan Institut Teknologi Mara (ITM) selama satu semester tahun 1994. Beliau diterima masuk sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya tahun 1996. Pada tahun yang sama beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di University of Wales, Cardiff, United Kingdom dalam bidang undang-undang maritim dan memenangi biasiswa Kerajaan British (Chevening Scholarship) untuk kursus PhD dalam polisi dan keselamatan maritim di Greenwich Maritime Institute, University of Greenwich, London tahun 2002 - 2006.Semasa kursus PhD beliau bekerja sebagai intern di International Maritime Organisation, United Nations, Embankment, London.

Setelah bersara secara pilihan daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 2011 beliau menyertai dunia akademik tahun 2011 – 2014 sebagai Profesor Undang-Undang dan Etika di International Business School (IBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Sebagai pensyarah beliau memberi kuliah pelajar-pelajar  Master of Business Administration (MBA) di samping menyelia beberapa pelajar PhD.

Beliau membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara seperti di Universiti Riphah, Islamabad, Pakistan dan Universiti Tokai, Tokyo, Jepun dan Majlis Peguam. Beliau terlibat dalam program ceramah Institut Integriti Malaysia (IIM) ke seluruh negara di samping membuat kajian ilmiah indeks rasuah di Berlin dan Switzerland.

Pada tahun 2014, beliau dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk tempoh dua tahun. Setelah tamat tempoh, beliau menjadi peguam persendirian sebagai rakan kongsi di Tetuan Abdul Raman Saad & Associates di Johor Bahru selama setahun sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan politik sepenuh masa sehingga sekarang. Beliau dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran “Datuk” oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob pada 10 Oktober 2015.

Setelah meninggalkan jawatan kehakiman, Datuk Dr. Sabirin  bergiat  memimpin sebuah NGO, Muafakat Masjid Tanah 2018 yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan rentas sempadan kaum dan politik. Datuk Dr. Sabirin juga aktif dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar dan maritim. Beliau memberi nasihat kepada penduduk-penduduk pesisir pantai Pulau Pinang dalam isu penambakan laut dan isu perlombongan pasir di Sungai Linggi-Rembau di Melaka dan Negeri Sembilan.

Di peringkat antarabangsa beliau memberi nasihat dan bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti pertubuhan Seafarers’ Rights International (SRI) yang berpusat di London. Pertubuhan ini memperjuangkan kebajikan kelasi dan lain-lain pekerja di sektor maritim seperti nelayan seluruh dunia. Bulan Oktober 2018, beliau dijemput oleh SRI mewakili Malaysia dalam persidangan pertubuhan itu bagi peringkat Asia dan Pasifik di Manila.

Selepas PRU 14 Datuk Dr Sabirin dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Masjid Tanah, Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri (POTA), Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Hobi beliau ialah membaca dalam pelbagai bidang terutama Sejarah, Tamadun Islam, hal ehwal maritim, politik antarabangsa dan ekonomi. Beliau juga menulis, menterjemah  dan telah menerbitkan buku serta menulis artikel dalam pelbagai isu. Hasil kajian beliau dalam pembelajaran Al Quran telah diterbitkan sebagai buku bertajuk, “Menyebar Kalam Tuhan: Cerita Qari, Qariah dan Al Hafiz Malaysia” (2018). “Dari Sudut Pandangan Islam” (terj) adalah karya bersama dengan Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Ab Kadir (1991). “Barang Yang Lepas Mesti Dikenang” adalah blog di mana beliau memahat tilikan dan pemerhatian ke atas peristiwa sekeliling. Dalam meneruskan minatnya dalam bidang akademik, beliau sekarang adalah penyelia luar PhD untuk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Datuk Dr Sabirin mendirikan rumahtangga dengan Datin Rizq Fairuz Mohd Ramli, seorang pensyarah UIAM tahun 1990 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

 


 

Save

Pusat Tanggungjawab 2020

1


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2020 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 7 April 2020

Jata Negara
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric