i@UTeM
UTeM Mail

Cokmar 2020

1

Lambang Kuasa Universiti  - Keris  Panjang
Keris Panjang dikatakan sebagai kumpulan yang tertinggi kedudukannya dalam kumpulan keris.  Keris Panjang ini hanya dipakai oleh raja-raja atau pembesar-  pembesar istana. Jenis ini juga kadangkala dikenali sebagai Keris Bahari atau Keris Sumatera atau Keris Darjat atau Keris Melela atau Keris Sapukal yang ditentukan melalui mata, hulu dan sarungnya.  Mata jenis keris ini biasanya tirus dan lurus. Kadangkala keris jikalau sarungnya bersalutkan emas ia juga dikenali sebagai Keris Terapang atau Keris Terapang Gabus.
Mata Keris Panjang UTeM ini ditempa daripada besi waja dan dikatakan telah berusia lebih daripada 200 tahun berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera dan terakhir ditemui di Pattani.
Hulu dan sarung keris ini diperbuat daripada kayu cengal bersalutkan perak dan emas putih dengan ukiran menyeluruh bunga kesidang (bunga rasmi UTeM).  Di atas sampirnya diterapkan dengan logo UTeM dan pada pangkal batang keris ditulis perkataan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam khat Kufi, di hadapan sarung dan tulisan rumi di belakang sarung.  Hulu keris ini berbentuk tapak kuda dengan replika hiasan tertentu yang bernilai dan ukiran ayat Rabbi Zidni Ilma (Surah Thohaa: Ayat 114) yang bermaksud Ya Tuhanku, tambahkanlah  ilmuku melingkari hulu tersebut.  Di tengah sampir sarung depan juga terdapat ukiran Surah Al-Ala’ sebagai menyaksikan kesungguhan Universiti berhubung dengan ilmu pengetahuan.
Keris melambangkan kebesaran dan kekuasaan masyarakat Melayu yang sangat dimuliakan.  Di samping pengaruhnya yang kuat mendasari budaya dan adat resam Melayu, ia juga merupakan suatu lambang keindahan seni pertukangan Melayu yang dikagumi dan dihormati.
Keris Panjang sebagai lambang kuasa Universiti akan diperuntukkan untuk dipakai dan dibawa oleh Panglima semasa mengiringi Canselor pada Konvokesyen Universiti.

 

Save

Save

Fakta Ringkas 2020

1


 

Pelajar Pra Siswazah : 11262
Pelajar Pasca Siswazah : 1511
Alumni : 29448
Staf Akademik : 879

Data pada: 28 Januari 2020


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia.
 
KAMPUS
Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam kawasan seluas 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.
 
AKADEMIK

Sebagai sebuah Universiti Berfokus, UTeM memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keperluan sektor industri berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah universiti teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antarabangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Saudi Arabia, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania, India, Somalia, Singapura, Qatar, Palestine, Libya, Iraq, Iran, Ghana, France, Yemen, Nigeria dan Jordan.

 
FAKULTI
  • Fakulti Kejuruteraan Elektronik Dan Kejuruteraan Komputer
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal      
  • Fakulti Kejuruteraan Pembuatan    
  • Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawan
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik          
  • Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan   
  • Pusat Bahasa Dan Pembangunan Insan
  • Institut Pengurusan Teknologi Dan Keusahawanan
 
USAHA KOLABORASI UNIVERSITI-INDUSTRI
UTeM sentiasa berusaha mempergiatkan usaha berkolaborasi dan berkerjasama dengan industri.
Untuk menjadi sebuah institusi tersohor bagi bidang teknikal yang menghasilkan ahli professional yang menepati kehendak pasaran juga setanding dengan keperluan teknologi masa depan.
  • Pusat Pembuatan Termaju
    Ditubuhkan bagi meningkatkan teknologi tinggi dan kemudahan teknologi pembuatan berketepatan tinggi dengan tujuan untuk kerjasama dalam R&D, kerjasama dalam pembuatan dan latihan memasuki alam pekerjaan.
  • Mesyuarat Meja Bulat CEO
    Perhimpunan tahunan CEO dan pakar industri dari dalam dan luar negara yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan maklumbalas, penilaian program akademik, infrastruktur dan kebolehpasaran graduan serta membantu dalam usaha melahirkan pemimpin berciri keusahawanan.
  • Kampus Berkonsepkan Industri
    Pembangunan UTeM masa kini menekankan penubuhan pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang sama dengan industri masa kini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.
 
KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI
UTeM telah mengenalpasti Bidang Tujah kritikal yang paling penting untuk memacu kecemerlangan universiti. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang tujah yang memerlukan komitmen padu daripada semua fakulti mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:-
  • Teknologi Hijau
  • Kejuruteraan Sistem
  • Interaksi Manusia-Teknologi
  • Teknologi Termaju
Bidang-bidang tujah ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi kekuatan fakulti sedia ada, pusat penyelidikan, institut dan makmal di dalam universiti.
 

 

Save

Save

Save

Logo 2020

1
 

 

Muat Turun Logo UTeM

PDF | PNG | Manual

 
jawi

Muat Turun Logo UTeM

jawi

Biru (PNG) | Putih (PNG)
Satu Warna (PDF) | Putih (PDF) | Logo (PDF)

 
RASIONAL LOGO
1. Logo UTeM yang unik melambangkan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi teknikal yang kreatif dan Inovatif.
2. Asas logo mempunyai empat komponen utama yang secara bersama melambangkan universiti sebagai sebuah pusat pengembangan ilmu yang komited dalam menghasilkan graduan berkemahiran teknikal tinggi yang holistik dan menjadi asset kepada agama, negara dan bangsa.
3. 4 komponen utama:
 
  • Lingkaran koporat platinum dengan nama UTeM di dalamnya melambangkan UTeM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi teknikal yang kukuh, unggul, dan bersepadu.
  • Geometri bulatan kreatif dengan warna biru di dalam logo menunjukkan mutu dan pencapaian hasil dari segala usaha yang dilaksanakan.
  • bulatan kecil sebagai titik yang membentuk pusat utama logo ditakrifkan sebagai keyakinan yang jitu bahawa ilmu berpunca secara mutlaknya dari yang Maha Esa. Berpunca dari sinilah segala displin ilmu dikembangkan.
  • bulatan kecil juga adalah simbol matlamat utama UTeM untuk melahirkan sumber manusia, penjanaan ilmu yang memberi manfaat kepada manusia melalui gabungan ilmu, amal dan perkongsian pintar akademia-industri.
  • bentuk empat segi menyerupai susunan buku yang melambangkan    hakikat kewujudan UTeM sebagai hab pembangunan ilmu dan usaha menghasilkan para graduan berkemahiran teknikal dan teknologi yang holistik.
  • Gabungan dua segitiga yang membentuk segiempat dengan sembilan (9) jalur membawa maksud UTeM akan sentiasa menjalin hubungan dua hala pintar dan kukuh bersama kesemua pemegang taruh seperti industri dan masyarakat seluruhnya.
  • Penataan rupataip (Logotype) pada logo UTeM menyerlah dan memperkasakan lagi penjenamaan UTeM. Penggunaan rupataip ini memudahkan masyarakat umum mengenali UTeM dengan lebih cepat menerusi kaedah visual. Ianya disokong dengan sebutan yang ringkas dan mudah menjadi sebutan ramai dan memberi impak maksima secara berpanjangan.
  • Selaras dengan usaha memartabatkan tulisan Jawi, ejaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam huruf Jawi turut dijadikan sebahagian daripada logo rasmi uinversiti.
4. Warna biru, platinum dan putih pada logo UTeM.
 
  • Warna biru melambangkan kestabilan dan kejituan universiti dalam melaksanakan fungsi dan amanah mendidik generasi masa hadapan.
  • Warna platinum melambangkan teknologi di alat baru yang bernilai dan berkualiti serta daya tahan (resilience), kebal bersaing dan dinamisme. Warna ini juga merupakan warna neutral yang melambangkan penekanan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan industri.
  • Warna putih melambangkan keluhuran , kemurnian, keikhlasan dan ketelusan.

 

Save

Visi, Misi & Moto 2020

1




VISI
Menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia
 
MISI
UTeM bertekad untuk menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:
1.
Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
2.
Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional
3.
Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti
 
MOTO
Kompetensi Teras Kegemilangan
 
MATLAMAT PENDIDIKAN
1.
Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
2.
Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
3.
Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
4.
Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
5.
Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
6.
Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan;
7.
Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.

 

Save


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 14 Februari 2020

Jata Negara
KPM Putih
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric