Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Pesta Konvo UTeM ke 15 pada 30 November hingga 3 Disember 2019 bertempat di Tapak Pesta Konvo hadapan Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, Pesta konvokesyen merupakan acara tahunan yang berlangsung seiring dengan Majlis Konvokesyen yang dianjurkan oleh universiti bagi meraikan para graduan yang bakal menerima ijazah masing-masing.

Jelasnya, Pesta Konvo pada kali ini dilaksanakan dengan beberapa pengisian baru selari aspirasi universiti untuk melahirkan siswa dan graduan yang bercirikan TUAH (tangkas, unggul, adaptif dan holistik) agar dapat direalisasikan dengan jayanya, sejajar dengan Tema Pesta Konvo kali ini iaitu TUAH Berjaya, TUAH Menabur Jasa.

“Di samping itu, Pesta Konvo kali ini menggunakan pendekatan ‘cashless’ dalam semua transaksi di Tapak Pesta yang dijayakan secara  bersama dengan pihak kipplePay, Bank Islam dan Paynet sekaligus menjayakan aspirasi kampus pintar sepenuhnya”, ujarnya lagi.

Tambah beliau, Pesta Konvo diadakan selama empat hari bermula sejak Sabtu sehingga hari Selasa dengan pelbagai pengisian yang boleh membuatkan para pengunjung merasa gembira dan terisi,” katanya lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya adalah seperti Career Talk, Malam Penghayatan dan Kesenian Islam, pelbagai aktiviti sukan seperti Fund Run, Sukan Rakyat, Amazing Race, e-Sport di samping persembahan artis-artis jemputan seperti Caliph Buskers, InTeam, Artis Warner Music, Artis Universal Music dan pelbagai lagi.

Para pengunjung juga berpeluang melihat hasil penyelidikan mahasiswa dan para penyelidik UTeM di khemah-khemah pameran yang disediakan, disamping  pameran dari Badan Beruniform UTeM iaitu Kor SUKSIS, Kor SISPA dan PALAPES.

Penganjuran Pesta Konvo ke 15 UTeM ini adalah merupakan inisiatif, daya  usaha dan  hasil kerja kumpulan mahasiswa UTeM sendiri, khususnya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019 dengan kerjasama Kelab dan Persatuan Pelajar UTeM serta bimbingan Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTeM.

Pesta Konvo ini dirasmikan oleh Pro Canselor UTeM, Datuk Wira Ismail Saleh pada 1 Disember 2019 laludan turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM (LPU) Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan UTeM.

Pada tahun ini juga penjualan cenderamata TUAH edisi pertama turut dilancarkan. dan memberi peluang kepada para graduan, alumni, mahasiswa malahan para pengunjung mendapatkan sebagai kenangan.

PENYELIDIKAN & INOVASI

Terokai Penyelidikan dan Inovasi bersama UTeM

Lanjut

Masukkan alamat email anda untuk langganan Aktiviti UTeM: