i@UTeM
UTeM Mail


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera & Selamat Datang ke Portal Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), universiti teknikal pertama di Malaysia.

Dalam menginjak usia sembilan belas (19) tahun, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melakar pelbagai kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Asas kepada kejayaan UTeM hari ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen para pemimpin dan pelopor terdahulu. Setiap fasa penggantian menyaksikan dan meletakkan UTeM pada aras yang lebih mantap, tinggi dan disegani. Menggalas tanggungjawab dan amanah menggantikan Ybhg Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib, menuntut kecekalan dan keazaman yang tinggi dalam memastikan budaya kecemerlangan, visi serta misi universiti ini dapat diteruskan dan direalisasikan pada satu tahap yang membanggakan.

Berbekalkan tagline “Sentiasa Merintis, Sentiasa Menerajui” UTeM akan meneruskan usaha sebagai perintis dan peneraju utama dalam menawarkan program-program yang menyokong kepada pemerkasaan pendidikan teknikal tinggi berteraskan kemahiran (TVET).

UTeM terletak di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage) UNESCO dan beroperasi menerusi dua (2) kampus iaitu Kampus Induk dan Kampus Teknologi. Penubuhan lapan (8) Fakulti disokong oleh Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) yang saling menyokong membolehkan UTeM bersaing dan terkehadapan dalam penyediaan program-program akademik berfokus dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, ICT, pengurusan teknologi dan teknousahawan yang terus mendapat sambutan dan jelas memenuhi permintaan pasaran industri termaju dan terkini.

Portal UTeM yang dibangunkan dengan ciri-ciri informatif dan interaktif ini diharapkan akan memudahkan para pengguna mengakses maklumat yang tepat dan cepat pada bila-bila masa yang dikehendaki. Adalah menjadi harapan saya, agar Portal UTeM ini akan terus berperanan menyalurkan maklumat terkini universiti yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung dalam usaha memperkasakan budaya ilmu yang berterusan.

Terima kasih kerana anda telah melayari Portal UTeM dan Selamat Maju Jaya.

Salam hormat

Prof. Datuk Wira Dr. Raha Binti Abdul Rahim
Naib Canselor


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2018 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 14 Februari 2020

Jata Negara
KPM Putih
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric