i@UTeM
UTeM Mail


e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). UTeM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Universiti untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur. Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan pelajar, staf dan pelawat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Maklum Balas Pertanyaan, Emel dan Media Sosial UTeM iaitu Facebook dan Twitter.

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaumagama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
  12. Sebagai peserta E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.

 


Masukkan e-mel anda untuk melanggan Peristiwa UTeM:

Berhubung Dengan Kami
   

Hakcipta © 2020 UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Hakcipta Terpelihara.
Penafian | Privasi & Polisi Keselamatan | Hakcipta | Hubungi Kami

T
arikh akhir kemaskini : 7 April 2020

Jata Negara
Badge Qs 2020
Badge 4setara
Bagde Ui Greenmetric