CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Makluman Terkini

[ KENYATAAN AKHBAR ] Ir. MOHD FARRIZ HARUMKAN NAMA UTeM RANGKUL ANUGERAH JURUTERA MUDA

Cetak PDF
1
Ir. MOHD FARRIZ HARUMKAN NAMA UTeM RANGKUL ANUGERAH JURUTERA MUDA

Seorang Pensyarah Kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ir. Mohd Farriz Md Basar mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Jurutera Muda oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) dalam satu majlis yang berlangsung Sabtu lalu.

Mohd Farriz, 34, berkhidmat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan memulakan kerjaya di UTeM pada tahun 2005 sebagai Jurutera Pengajar sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Kanan pada tahun 2013.

Penganugerahan itu berdasarkan sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau dalam bidang penyelidikan dan inovasi sejak tahun 2005 yang seringkali mengharumkan nama negara dalam pertandingan inovasi sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Rekod cemerlang Mohd Farriz mendapat perhatian IEM apabila beliau menerima pelbagai pengiktirafan daripada negara-negara seperti Poland, Switzerland, Korea Selatan dan Qatar serta meraih lebih 100 anugerah pingat dalam pertandingan inovasi yang disertainya di seluruh dunia.

Selain kecemerlangan dalam bidang inovasi, beliau juga dilantik sebagai Duta Malaysia ke Pertubuhan "ASEAN Academy of Engineering and Technology" yang bertanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi hijau dan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Beliau yang diiktiraf oleh Board of Engineers Malaysia sebagai Jurutera Profesional turut dilantik oleh pihak MARA sebagai Perunding Teknikal di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Kuantan, Pahang.

Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff ketika dihubungi berkata, anugerah yang diraih itu memberi impak besar kepada fakulti dan universiti serta berbangga di atas pencapaian tersebut.

Manakala bagi Mohd Farriz, beliau pada mulanya seakan tidak percaya apabila dimaklumkan mengenai anugerah tersebut menyedari terdapat ramai lagi calon yang bersaing.

“Saya bersyukur di atas penganugerahan ini dan ianya memberi cabaran baru untuk terus aktif menyumbang kepada komuniti, pelajar, universiti serta negara,” kata Mohd Farriz sewaktu ditemui pada majlis tersebut.

Anugerah telah disampaikan oleh Presiden IEM, Dato’ Ir. Lim Chow Hock.