CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM SUPPORTS PSPTN'S BEST PRACTICES

[ PR ] UTeM SUPPORTS PSPTN'S BEST PRACTICES

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

UTeM MENYOKONG AMALAN TERBAIK PELAKSANAAN PSPTN

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sentiasa menyokong pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang merupakan agenda utama yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan berkata, UTeM sememangnya sentiasa menyokong penuh pelaksanaan PSPTN ini yang mana ianya akan memantapkan lagi perjalanan hala tuju dan kejayaan sesebuah universiti itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri seminar aktiviti-aktiviti terpilih PSPTN yang dianjurkan oleh pihak KPT dan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Putrajaya baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, seminar sebegini sememangnya memberi manfaat besar dalam perkongsian ilmu dan pengalaman dalam mengatur strategi dan perancangan sesebuah universiti ke arah kecemerlangan berterusan.
Antara lain seminar ini juga turut menyediakan sumber rujukan kepada semua pelaksana PSPTN di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih baik berdasarkan kepada amalan-amalan baik yang telah dilaksanakan.

“Sehubungan itu platform yang menggalakkan perkongsian amalan baik dalam pelaksanaan  projek agenda kritikal (CAP) PSPTN sebegini juga akan menjadi asas kepada IPT membuat penandaarasan ke arah peningkatan tahap prestasi yang lebih cemerlang”, ujar beliau lagi.

Jelas beliau lagi, pelbagai tajuk program dibentangkan dan dikongsi dalam kalangan pihak universiti yang hadir antaranya ialah meningkatkan penulisan penerbitan ilmiah melalui penyelidikan berimpak dan berkualiti.
Di samping itu perkongsian berhubung peningkatan perolehan dan penyelidikan turut dibentangkan sebagai perkongsian bersama antara IPT yang hadir dalam seminar ini.

Turut hadir ke seminar ini bagi pihak UTeM Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof. Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Prof. Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor.