CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM STAFF VISITED THE KRUBONG PERDANA ORPHANAGE

[ PR ] UTeM STAFF VISITED THE KRUBONG PERDANA ORPHANAGE

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1
1

1

1

UTeM CURAH KASIH DI RUMAH ANAK-ANAK HARAPAN KRUBONG PERDANA

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Jawatankuasa Kebajikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Anak-anak Harapan bertempat di Krubong Perdana, Melaka baru-baru ini. Lawatan ini diketuai oleh Dekan FKE Prof. Madya Dr. Zulkifilie Ibrahim bersama  Ketua Penolong Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan FKE Abdul Aziz Mustapha serta 25 orang kakitangan FKE lain.

Rombongan dari FKE UTeM ini telah disambut mesra oleh pihak pengurusan Rumah Anak-anak Harapan Krubong Perdana, Sapawi Talib serta beberapa orang kakitangan dari rumah harapan tersebut.
Sapawi Talib berkata, beliau amat terharu dengan kehadiran rombongan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini kerana sudi meluangkan masa dan beramah mesra bersama-sama dengan penghuni Rumah Anak-anak Harapan ini.

Tambah beliau lagi, Rumah Anak-Anak Harapan ini telah ditubuhkan semenjak tahun 2005 dan telah mendapat pelbagai sumbangan daripada pihak perseorangan dan juga kerajaan. Sehingga kini penghuninya adalah seramai 33 orang kanak-kanak seawal usia setahun sehingga 12 tahun.

Sementara itu, Dekan FKE Dr. Zulkifilie Ibrahim dalam ucapan ringkas beliau menyatakan hasrat pihak pentadbiran FKE UTeM berhasrat untuk sama-sama membantu anak-anak kecil yang memerlukan bantuan dan sokongan agar mereka lebih yakin untuk menempuhi cabaran di masa hadapan.

“Hubungan sebegini dapat menjalin ikatan kemesraan dan ukhwah islamiah di antara staf UTeM dan kanak-kanak di sini dan berharap agar hubungan sebegini dapat dikekalkan bukan hanya untuk masa kini tetapi berterusan di masa akan datang” kata beliau lagi.

Tambah beliau lagi, pihak UTeM sempat mengisi program lawatan sehari ini dengan melaksanakan program bicara petang berkonsepkan program motivasi untuk para penghuni Rumah Harapan dan ianya cukup berkesan dan mendalami perasaan kanak-kanak tersebut.

Program kemudiannya diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan daripada pihak FKE kepada semua kanak-kanak tersebut dan juga kepada pihak pengurusan mereka.Sumbangan terdiri daripada wang tunai dan barangan keperluan harian. Pihak FKE juga menyediakan jamuan ringkas kepada semua hadirin yang hadir pada hari tersebut.