CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Media Gallery

PROGRAM PASCA SISWAZAH UTeM MENJADI PILIHAN PELAJAR DARI 16 BUAH NEGARA

Cetak PDF

1

PROGRAM PASCA SISWAZAH UTeM MENJADI PILIHAN PELAJAR DARI 16 BUAH NEGARA

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pusat Pengajian Siswazah (PPS) terus berperanan dalam memperkasakan program pasca siswazah di universiti ini dengan meningkatkan lagi bilangan program program pengajian pasca siswazah serta memperkenalkan program Ijazah Doktor Kejuruteraan.

Dekan PPS Prof. Dr. Mohd Razali Muhamad sewaktu ditemui berkata, PPS terus memainkan fungsi dan peranan utamanya dalam memperkembang dan meningkatkan kualiti serta taraf program pasca siswazah.

Tambah beliau lagi, PPS UTeM turut melaksanakan ‘Program Pesisir’ yang merupakan satu bentuk pengajian yang ditawarkan oleh UTeM kepada calon pelajar yang sedang bekerja dan berada di luar negeri Melaka. Ini turut membuka peluang kepada golongan profesional bagi melanjutkan pegajian di peringkat pasca siswazah di sini.

Dalam masa yang sama PPS turut menjalankan usaha berterusan dalam menjadikan program pasca siswazah universiti sebagai medium dalam merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi UTeM.

Jelas beliau lagi, bagi mempergiatkan lagi penyelidikan dan inovasi universiti ini maka PPS turut menarik penyertaan daripada pihak industri untuk bersama menjayakan agenda ini dan ianya mampu membuahkan manfaat besar bagi kedua-dua belah pihak.

Melalui kerjasama dengan industri yang meliputi pembangunan kursus, tenaga pengajar, pemindahan teknologi serta penyelidikan dan rundingan akan dapat membantu menjadikan program yang ditawarkan sentiasa relevan dengan kehendak pasaran.

PPS juga turut berperanan selaku penyelaras bagi kesemua program pasca siswazah seperti ijazah sarjana serta ijazah doktor kejuruteraan yang ditawarkan oleh 6 buah fakulti dalam UTeM.

“Sehingga kini UTeM telah berjaya menawarkan 35 kursus program pasca siswazah yang terdiri kepada 6 program ijazah doktor falsafah, 4 program doktor kejuruteraan, 8 program sarjana (penyelidikan), 12 program sarjana (kerja kursus), tiga program sarjana (mod campuran) serta dua program sarjana pengurusan perniagaan”, ujar beliau lagi.

Bidang yang ditawarkan merangkumi kejuruteraan elektronik, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan pembuatan, teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan teknologi serta pengurusan perniagaan.

Program pasca siswazah UTeM terus mendapat sambutan ramai dari dalam serta luar negara. Ini terbukti apabila UTeM telah mencatatkan seramai 132 orang pelajar pasca siswazah dari 16 buah negara antaranya Iran, Yaman, Sudan, Jordan, Arab Saudi dan Indonesia yang sedang mengikuti pengajian di sini.

Secara keseluruhannya, jumlah pelajar pasca siswazah UTeM pada tahun ini mencatatkan seramai 739 orang. Daripada jumlah ini seramai 602 orang pelajar sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana manakala 137 orang di peringkat ijazah doktor falsafah.

“Dengan berpandukan sasaran dan pelan tindakan yang jelas, PPS berharap akan dapat menguruskan pengajian siswazah secara mantap, selari dengan proses transformasi berfokuskan strategi untuk mencipta keunggulan UTeM”, ujar beliau ketika ditemui oleh pihak media di pejabatnya di kampus induk UTeM di sini.