| (Full Article in Bahasa Melayu for Press Release) |
|
|
UTeM MEMBUKA TIRAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA JABATAN 2012 |
Aktiviti kesukanan merupakan salah satu program yang membudayakan kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam corak hidup aktif dan sihat di samping menjalankan tugasan harian. Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SAJ) UTeM yang merupakan acara sukan tahunan yang mencungkil bakat dan kemahiran dalam arena sukan dalam kalangan kakitangan universiti ini telah memulakan tirainya. Menurut Ketua Pusat Sukan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Haji Ismail Abdol Jalil berkata, objektif diadakan kejohanan ini adalah untuk menggalakkan warga UTeM untuk berpeluang mengambil bahagian dalam arena sukan. Ini juga merupakan platform atau sebagai landasan yang membina semangat kerja berpasukan serta membentuk hubungan yang lebih baik dalam mengeratkan silaturrahim sesema kakitanga universiti ini. Selain itu menerusi kempen kejohanan SAJ ini juga turut mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan dalam membarisi senarai pemain utama bagi mewakili UTeM dalam kejohanan sukan di peringkat nasional seperti Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM). Tambah beliau lagi kejohanan SAJ ini adalah acara sukan yang diadakan pada setiap tahun yang melibatkan 12 pasukan gabungan Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTeM ini. Jelas beliau, sebanyak 17 acara sukan dipertandingkan sepanjang kempen kejohanan SAJ pada tahun ini yang bermula dari bulan Februari ini dan akan berakhir pada bulan Mei depan yang melibatkan penglibatan seramai 300 kakitangan UTeM. Sasaran penyertaan ini merangkumi merangkumi jumlah penyertaan secara total daripada semua PTj kerana ianya juga menjana kepada peningkatan mutu dan kualiti sukan universiti ini setiap tahun. Antara acara sukan yang dipertandingkan bagi kejohanan SAJ 2012 ini adalah seperti acara bolasepak, bolajaring, boling padang, bowling, olahraga, sepaktakraw, karom, dart, catur, bola tampar. Kesemua acara permainan tersebut dijalankan di kompleks Sukan UTeM, kampus induk Durian Tunggal kecuali boling padang di kompleks sukan Hang Jebat dan bowling di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Antara acara sukan yang telah berlangsung menyaksikan perlawanan bolasepak peringkat awal telah dimulakan semalam yang melibatkan pertembungan antara johan tahun lalu Pejabat Pembangunan menang pasukan gabungan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pusat Islam dengan jaringan 10-0. Manakala Naib Johan tahun lepas pasukan gabungan Pejabat HEPA bersama Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan (PBPI) dan Pejabat Jaminan Kualiti dan Akreditasi (PJKA) turut mencatatkan kepurusan kemenangan dengan jaringan 3-1 menentang pasukan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK). Tambah beliau lagi, acara-acara sukan lain turut dijalankan secara berjadual dari masa ke semasa mengikut jadual perlawanan yang telah ditetapkan sepanjang kempen kejohanan kempen SAJ sehingga bulan Mei depan. |









































