CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home INFO KORPORAT Organisasi Pro Canselor

Pro Canselor

Cetak PDF
Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr Johari Bin Mat
Tan Sri Datuk Dr. Johari telah dilahirkan pada tanggal 15 September 1944 merupakan anak kelahiran Kg. Kelemak, Alor Gajah, Melaka.  Beliau mendapat pendidikan awal di Alor Gajah English School dan telah menamatkan pendidikan menengah di Malacca High School pada 1964.
Pada tahun 1968, beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya, yang kemudian disusuli dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Los Angeles, USA pada tahun 1979.

Pencapaian beliau dalam bidang akademik ini turut diperkukuh dengan mengikuti kursus-kursus di Royal Institute of Public Administration, London (1971); Core Officers Training Institute, Seoul, Korea (1986) dan ‘Avanced Management Program’ di Harvard University (1997).

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Zarina Fazle Hussein pada April 1974 dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata.

Tan Sri Datuk Dr. Johari telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun bermula dari 1968 hingga 2001. Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah sebagai Pengarah INTAN, Pengarah Sekretariat Perancangan Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri serta menjadi Ketua Setiausaha (KSU) di tiga buah kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan.

Tugas beliau sebagai KSU di Kementerian Pendidikan adalah tugas yang mencabar dan paling lama disandang iaitu selama tujuh tahun (1995-2001). Ini kerana pada ketika itu proses penjanaan semula hala tuju pendidikan tinggi sedang dilaksanakan Sri Datuk Dr. Johari telah memainkan peranan penting dalam proses tersebut dengan penggubalan akta-akta seperti Akta Pendidikan (Pindaan) 1996, Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 1996 dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (1997).

Sumbangan beliau dalam pendidikan tinggi negara telah diiktiraf oleh Universiti Malaya dengan penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Pendidikan) pada tahun 2002. Beliau juga telah dianugerahkan darjah kebesaran seperti Panglima Setia Negara (PSM)-1998, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)- 1994 dan Johan Setia Mahkota (JSM)-1992 di atas sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Pelantikan beliau sebagai Pro Canselor ini akan memberi manfaat berterusan kepada UTeM dalam menjana kecemerlangan pendidikan tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

 
 
 
     

Sorotan Penting

VC@UTeM
Jabatan, Pusat & Fakulti
Produk Penyelidikan
Penerbitan@UTeM
Galeri Media
Daftar Masuk Portal
Komuniti
Maklum Balas Pengguna
UTeM @ Mobile

Info

Makluman Terkini
Peristiwa Kampus