CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home INFO KORPORAT Organisasi Canselor

Canselor

Cetak PDF
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob
Tun Mohd. Khalil ialah anak ketiga kepada Yaakob bin Awang Shukor dan Salmah binti Zainuddin. Beliau telah dilahirkan di Kuantan , Pahang pada 29 Disember 1937. Beliau baru berusia empat tahun ketika Jepun menjajah Malaya.

Mohd. Khalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Oleh kerana kecemerlangan beliau dalam akademik, beliau telah ditawarkan tempat untuk belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1950. Selepas menamatkan pengajian menengah, Mohd. Khalil meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada 1962.

Semasa di universiti, selain menjadi Ahli Jawatankuasa untuk Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd. Khalil juga menjadi Presiden Kesatuan Sukan, Ketua Pasukan kepada pasukan  atlit dan mewakili universiti dalam sukan ragbi.
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Mohd. Khalil ditawarkan jawatan sebagai Pengawal Hal Ehwal Politik di Kementerian Luar Negeri. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Diplomat, beliau telah ditugaskan di beberapa negara seperti Itali, Maghribi, Singapura dan Indonesia.

Semasa berkhidmat di Indonesia, Mohd. Khalil mengambil peluang untuk menghadiri kursus di Kolej Pertahanan Nasional, Jakarta pada 1974. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Universiti of Southern Philippines dan dianugerahkan Honorary PhD. Certificate (Public Administration) A’ Law.  

Pada 28 Februari 1965, beliau telah berkahwin dengan Zurina Kassim yang berasal dari Melaka. Mereka telah dikurniakan dengan tiga anak iaitu Mohd. Raznam, Lala Nezha dan Rahadian Mahmud.
Selepas menghabiskan masa selama 13 tahun di luar negara, Mohd. Khalil pulang ke Malaysia dan dilantik sebagai Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ), Pahang. Pengalaman beliau semasa di luar negara telah membantu beliau untuk membawa pembangunan dan menyelesaikan pelbagai masalah dengan berkesan.
Penglibatan beliau dalam politik bermula pada pilihanraya 1978 apabila beliau telah diberikan mandat untuk mewakili Barisan Nasional bagi Dewan Undangan   (DUN) Bukit Ibam, yang membawa kemenangan besar.
Beliau telah memberikan komitmen  yang tinggi sebagai Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam dan telah membawa pembangunan yang besar bagi kawasan itu. Kecemerlangan beliau sebagai Wakil Rakyat telah melayakkan beliau untuk  mewakili BN di kerusi Parlimen Maran untuk Pilihan Raya 1982 dan beliau telah menang.
Kemenangan itu telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Beliau juga adalah antara pelopor yang mengilhamkan penubuhan Universiti Utara Malaysia (UUM), universiti awam ke enam di Malaysia.
Pada 14 Julai 1984, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggungjawab untuk perkara-perkara berkaitan Perkhidmatan Awam dan Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
Pada Pilihan raya 1986, Mohd. Khalil bertanding untuk DUN Bukit Tanjau dan memang. Pada 14 Ogos 1986 beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke 13. Selepas 13 tahun di Pahang, iaitu pada 22 Mei 1999, beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar Pahang dan bertukar ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Senator. Semasa Pilihan raya Umum ke-19, beliau bertanding untuk Parlimen Kuantan dan menang dengan majoriti 7,361 undi. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO.
Mohd. Khalil telah dianugerahkan dengan beberapa Pingat Kebesaran oleh Sultan Pahang iaitu Setia Mahkota Pahang (SMP), Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato’ Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan Seri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Selain itu beliau turut dianugerahkan Pingat Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) dan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang memberi gelaran Tan Sri oleh Yang Di-Pertuan Agong. Pada tahun 2003, Yang di-Pertua Negeri Sabah menganugerahkan Pingat Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima manakala Sultan Kelantan pula telah  berkenan menganugerahkan beliau Darjah Al-Ismail (SJMK). Beliau juga menerima Grand Cross of The Order of Merit – G.C.O.M (Germany). Pada 20 Julai 2004, Mohd. Khalil telah menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), yang memberi gelaran Tun, oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bersempena dengan pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka, UTeM dengan bangganya telah melantik Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil bin Yaakob sebagai Canselor UTeM dalam Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Pertama  Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.  
 
 
 
 
     

Sorotan Penting

VC@UTeM
Jabatan, Pusat & Fakulti
Produk Penyelidikan
Penerbitan@UTeM
Galeri Media
Daftar Masuk Portal
Komuniti
Maklum Balas Pengguna
UTeM @ Mobile

Info

Makluman Terkini
Peristiwa Kampus