CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home INFO KORPORAT Mengenai UTeM Lokasi Kampus

Lokasi Kampus

Cetak PDF
• Kampus Induk
peta

Kampus Induk UTeM yang meliuputi kawasan seluas 725 ekar di pinggir Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Terletak di Durian Tunggal, pelajar, staf dan pelawat akan menikmati keindahan alam sekitar yang menghijau yang walaupun terletak berhampiran dengan kawasan yang sedang pesat membangun.

Pembangunan kampus dilakukan dengan secara terancang tanpa mengabaikan aspek kehijauan alam sekitar. Ia berada hanya tiga minit dari tol Ayer Keroh dan lebih kurang 20 minit dari Bandar Melaka.

Berhampiran dengan kampus ini juga terletaknya kompleks membeli belah terkemuka seperti Jusco, Melaka Mall, Kota Fesyen Melaka dan Pasaraya Mydin yang terbesar di Malaysia. Di samping itu, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan Asean juga Zoo Melaka yang terkenal seluruh Malaysia terletak hanya beberapa minit dari kampus Induk UTeM.

Kampus Induk UTeM ini menempatkan seluruh operasi pentadbiran seperti Canselori, Bendahari dan Pendaftar. Selain itu juga di Kampus Induk ini juga terletaknya Fakulti Kejuruteraan Elektrikal, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan. Selain itu, Perpustakaan, Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Kompleks Sukan dan Pusat Komputer juga berada di sini.

• Kampus Bandar
peta

Kampus Bandar UTeM berada di lokasi strategik kerana terletak di tengah-tengah Bandar Melaka iaitu di Jalan Hang Tuah. Ia menempatkan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Penerbit Universiti, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat Pembelajaran Berterusan dan Perpustakaan Mini.

Hanya 10 minit dari tempat bersejarah seperti Kota A Famosa, Stadthuys, St. Paul Hill dan pelbagai muzium serta bank, Kampus Bandar berada di lokasi yang sangat strategik yang mampu memberi kemudahan kepada pelajar dan pengunjungnya.

Untuk ke Kampus Bandar juga sangat mudah kerana kemudahan pengangkutan awam yang sentiasa tersedia di sini.

• Kampus Industri
peta

Dengan pembangunan pesat yang dilalui oleh Universiti, langkah mewujudkan Kampus Industri bagi memenuhi keperluan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan fakulti terbaru yang akan menerima kumpulan pertama pelajar pada September 2011 iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan dilihat sangat bertepatan.

Premis tersebut yang merangkumi kawasan seluas 119,200 meter persegi dan dijadikan kampus industri bagi menampung kepesatan jumlah pelajar. Kampus industri ini dilengkapi dengan kemudahan makmal, perpustakaan dan pejabat pentadbiran yang lebih tersusun.