| • PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | ||
![]() |
||
|
UTeM menyediakan pelbagai kemudahan canggih seperti dewan kuliah, makmal berteknologi tinggi, makmal robotik & automasi, makmal voltan tinggi, makmal thermodinamik, makmal peralatan, makmal multimedia, makmal pintar, makmal kimia dan makmal pembuatan termaju. |
||
| • BANGUNAN CANSELORI | ||
![]() |
||
|
Bangunan yang tersergam indah ini merupakan pusat pentadbiran utama di UTeM. Di sinilah PTj seperti Canselori, Pendaftar, Bendahari dan HEPA bernaung. Dibina berkonsepkan ciri-ciri rumah Melayu dan gabungan elemen-elemen moden, menjadikan bangunan ini berbeza dengan bangunan lain. |
||
| • MASJID | ||
![]() |
||
|
Masjid ini boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah pada satu-satu masa. Dengan keluasan 5,737 m2 masjid ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik bacaan, dan dewan solat utama. Senibina masjid ini bercirikan Timur Tengah di bahagian dalam manakala di bahagian luar berkonsepkan Asia. |
||
| • KOMPLEKS SUKAN | ||
![]() |
||
|
Kompleks Sukan UTeM terdiri daripada sebuah stadium yang menyediakan kemudahan atletik dan padang bola yang boleh memuatkan 500 orang pada satu-satu masa. Dewan sukan pula menempatkan gelanggang badminton, bola jaring dan gimnasium. Turut disediakan ialah arena hoki, padang ragbi, gelanggang tennis, softball serta bola tampar. |
||
| • DEWAN SIBER @ PUSAT KOMPUTER | ||
![]() |
||
|
Terletak di Pusat Komputer, Dewan Siber menyediakan kemudahan ICT untuk para pelajar. Terdapat kira-kira 500 unit komputer disediakan untuk kegunaan pelajar. Juga terdapat dua bilik latihan yang memuatkan 40 unit komputer setiap satu. Perkhidmatan tambahan turut disediakan seperti mencetak dan komputer khusus untuk grafik dan multimedia juga disediakan. Dibuka dari Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi – 8.00 malam) |
||
| • DEWAN BESAR | ||
![]() |
||
|
Dewan Besar ini boleh memuatkan 4,000 orang pada satu-satu masa. Dewan ini digunakan untuk Majlis Konvokesyen, majlis-majlis rasmi universiti serta berfungsi sebagai dewan peperiksaan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ruang lobi yang luas, dewan jamuan serta bilik VVIP. Dewan Besar telah mencatatkan sejarah apabila mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan isteri menerima Ijazah Kehormat pada Majlis Konvokesyen Ke-5 tahun 2009. |
||
| • PUSAT KESIHATAN PELAJAR | ||
![]() |
||
|
Pusat Kesihatan Pelajar ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkesan di kalangan pelajar. Pusat sehenti ini dilengkapi dengan Wad Pemerhatian, bahagian pesakit luar dan bilik perubatan kecemasan. Turut disediakan perkhidmatan ambulan bagi kes-kes kecemasan. |
||
| • PERPUSTAKAAN | ||
![]() |
||
|
Sehingga akhir tahun 2011, jumlah koleksi bahan di perpustakaan ialah 104,348 judul iaitu 104,348 judul iaitu 81,530 judul bahan bercetak dan 55,054 judul bahan online dalam pangkalan data. Koleksi ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum. Sebuah perpustakaan juga telah dibuka di Kampus Bandar bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Perpustakaan UTeM menggunakan sistem Pengurusan Penggunaan Perpustakaan Bersepadu (ILMU) bagi memudahkan pelajar mencari maklumat mengenai koleksi yang disediakan. Pencarian juga boleh dilakukan melalui WebOPAC. |
||
| • KAFETARIA | ||
![]() |
||
|
Kafeteria UTeM menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga kampus. Terdapat tiga kafeteria di Kampus Induk, dua untuk pelajar dan satu untuk staf. |
||
| • PUSAT AKTIVITI PELAJAR | ||
![]() |
||
|
Pusat Aktiviti Pelajar diuruskan oleh Pejabat HEPA bagi menyediakan ruang berinteraksi di kalangan ahli-ahli kelab, persatuan dan Perwakilan Pelajar. Bangunan tiga tingkat ini menyediakan tempat untuk latihan kebudayaan, latihan orkestra, pusat kaunseling dan ruang pameran. Koperasi UTeM Berhad, Pejabat Pos Mini dan mesin ATM turut beroperasi di sini. |
||
| • PERKHIDMATAN BAS | ||
![]() |
||
|
Pejabat HEPA menyediakan perkhidmatan bas berhawa dingin untuk kegunaan pelajar. Perkhidmatan percuma ini disediakan untuk perjalanan asrama pelajar ke Kampus Induk dan Kampus Bandar bermula jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam. Perkhidmatan bas tambahan juga disediakan untuk program semester khas, peperiksaan akhir dan juga semasa cuti semester bergantung kepada aktiviti pelajar. |
||
| • KEMUDAHAN ASRAMA | ||
![]() |
||
UTeM menyediakan kemudahan asrama di tiga kolej kediaman. Setiap kolej kediaman dilengkapi dengan perabot dan dipantau oleh staf dan pengawal keselamatan.Terdapat tujuh kolej kediaman yang disediakan iaitu :
|
||
|
||
|
||
| • KEMUDAHAN WiFi | ||
![]() |
||
| Di lokasi-lokasi berikut: | ||
|
KAMPUS INDUK
|
||
|
KAMPUS BANDAR
|
||
|
KAMPUS INDUSTRI
|


















INFO KORPORAT 


































