1. | Keseluruhan logo bertemakan UTeM sebagai sebuah Universiti Teknikal yang Kreatif dan Inovatif yang sentiasa menjalin hubungan pintar dua hala dengan dunia luar. |
2. | Bentuk logo juga menggambarkan simbol Q yang bermaksud kualiti sejajar dengan visi dan misi UTeM. |
3. | Logo ini mempunyai tiga komponen utama seperti berikut yang bercantum membentuk satu logo yang unik. |
| | i | Lingkaran korporat berwarna platinum dengan nama UTeM berukir di dalamnya yang melambangkan UTeM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi teknikal yang kukuh, unggul, bersepadu dan sempurna. | ii | Geometri bulatan kreatif dengan warna biru di dalam logo menunjukkan mutu & pencapaian hasil dari sebarang usaha yang dibuat. Bulatan kecil sebagai titik atau ‘target’ membentuk pusat logo boleh ditakrifkan sebagai keyakinan yang jitu bahawa ilmu berpunca secara mutlaknya dari Yang Maha Esa. Berpunca dari sinilah segala disiplin ilmu dikembangkan. Bulatan kecil juga turut ditakrifkan sebagai matlamat utama UTeM untuk melahirkan sumber manusia, penjanaan ilmu dan teknologi yang memberi sinaran kepada alam sejagat melalui gabungan ilmu, amal dan perkongsian pintar.
| iii | Bentuk empat segi menyerupai susunan buku yang melambangkan penglibatan UTeM dalam teknologi maklumat dan usaha untuk mengeluarkan graduan-graduan yang mempunyai pengetahuan teori serta aplikasi yang terkini. Gabungan dua segitiga yang membentuk segiempat dengan 9 jalur laluan komunikasi 2 hala turut melambangkan UTeM akan sentiasa menjalin hubungan pintar dan kukuh dengan industri dan masyarakat sejagat.
|
|
4. | Logo UTeM juga mempunyai gabungan warna biru, platinum dan putih |
| | i | Warna biru pada logo dikaitkan dengan alam iaitu langit dan air yang menggambarkan sifat mesra alam, mesra masyarakat dan harmonis. Warna biru menonjolkan sifat korporat yang sangat kukuh dan stabil. Dari aspek psikologi, biru dikaitkan dengan keamanan dan ketenangan. Biru juga dianggap warna diraja yang melambangkan status yang tinggi. | ii | Warna platinum melambangkan teknologi di alat baru yang bernilai dan berkualiti serta ianya juga melambangkan ciri daya tahan, saing dan maju. Warna ini juga merupakan warna neutral yang melambangkan realiti pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan industri. | iii | Warna putih melambangkan keluhuran, kemurnian, keikhlasan dan mercu kejayaan. |
|