CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

logo UTeM
Home Media Gallery

UTeM - KPT CYCLING TEAM DETERMINED TO GIVE THE BEST

Print PDF

(Full Article in Bahasa Melayu)

UTeM -  KPT CYCLING TEAM TEKAD BERI SAINGAN TERBAIK



JOHOR - Pasukan Lumba Basikal UTeM-KPT bertekad akan memberikan cabaran terbaik pada kejohanan Jelajah 1 Malaysia 2011. Pengurus pasukan En. Ishak Amin yang juga merupakan bekas pelumba kebangsaan menegaskan sebagai pasukan lumba basikal pertama dari universiti di Malaysia pasukan ini yakin akan dapat memberikan saingan terbaik dalam kejohanan ini.

Keyakinan ini disuarakan hasil daripada beberapa pencapaian yang memberangsangkan dalam penyertaan beberapa kejohanan sebelum ini. Pasukan Lumba Basikal UTeM juga telah bersedia lebih awal pada tahun lepas dimana telah mengadakan latihan khas Jelajah 1 Malaysia dengan jarak sejauh 1600km.

Jemputan menyertai kejohanan ini merupakan satu pengiktirafan daripada Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) kepada UTeM kerana pasukan lumba basikal pertama universiti di Malaysia ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak ia ditubuhkan pada tahun lepas. Ini adalah hasil kejayaan pemilihan UTeM sebagai Pusat Sukan Tumpuan Berbasikal Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat ini ditubuhkan bertujuan bagi melahirkan atlet dari universiti yang akan mewakili negara pada suatu hari nanti. Pusat yang dikendalikan oleh En. Ishak Amin Pegawai Belia & Sukan Kanan & Pusat Sukan UTeM ini mendapat sokongan penuh dari seluruh warga UTeM.

Pelumba yang mewakili cabaran UTeM-KPT pada kejohanan ini ialah Gan Hock Seng, Mohd Amin b Amiruddin, Sayuti Zahit, Amirrudin Jamalludin (UTeM) & Mohd Amirul b Mohammed Ali, Mohd Zaki b Ramlee (Politeknik Johor Bahru)

Kejohanan yang akan diadakan selama 6 hari bermula dari 8 – 13 Mac 2011 ini melibatkan 6 peringkat dan sejauh 1011km. Kejohanan edisi 2011 kali ini melibatkan 30 pasukan.

 
 
 
     
panoramautem