CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Pra Siswazah Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar Antarabangsa

Permohonan Pelajar Antarabangsa

Cetak PDF
• SYARAT AM KEMASUKAN
i
Memperolehi sekurang-kurangnya 3 prinsipal di dalam Peperiksaan G.C.E. Advanced Level (G.C.E A-Level) [Sistem Peperiksaan UK] ataupun International Baccalaureate (IB) diperolehi di dalam satu peperiksaan.
 

(bagi Negara yang tidak mengikuti sistem peperiksaan UK ataupun IB, permohonan perlulah sekurang-kurangnya menepati kelayakan yang diakui oleh Agensi Kualiti Malaysia)

 DAN
ii
Sekurang-kurangnya telah mengikuti pengajian selama 12 tahun
 
• SYARAT KHAS KEMASUKAN
1.
Program Kejuruteraan
 

Memperolehi sekurang-kurangnya gred B di dalam peperiksaan GCE/ GCE A-Level/ IB bagi semua matapelajaran berikut:

 
  • Matematik
  • Fizik; dan
 

sekurang-kurangnya gred C bagi matapelajaran yang lain.

  
2.
Program ICT
 

Memperolehi sekurang-kurangnya gred B bagi matapelajaran Matematik di dalam peperiksaan CGE A-Level/ IB  dan Gred C di dalam dua matapelajaran yang lain.

  
3.
Program Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan
 
Memperolehi sekurang-kurangnya gred B bagi matapelajaran Matematik di dalam peperiksaan CGE A-Level/ IB  dan Gred C di dalam dua matapelajaran yang lain.
 
• KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
14
Minimum skor 500 di dalam Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
 
ATAU
14
Minimum skor 5.5 di dalam peperiksaan International English Language Testing System (IELTS)
 
• KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS
 
Pemohon yang tidak memenuhi keperluan syarat Bahasa Inggeris seperti di atas dikehendaki untuk menduduki Placement Test yang dikendalikan oleh pihak UTeM. Pemohon yang lulus Placement Test tersebut mengikut Band/markah lulus yang ditetapkan oleh UTeM layak untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan pemohon yang gagal dalam  Placement Test  diwajibkan menjalani Kursus Intensif Bahasa Inggeris (IELP) selama satu (1) tahun.
 
• BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
1.
Pemohon boleh menghantar permohonan bertulis kepada alamat berikut:
 

Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar

Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Karung Berkunci No. 1752
Pejabat Pos Durian Tunggal
76109 Durian Tunggal
MELAKA
 
No. Telefon
:
+606-3316074/+606-331 6076
No. Faksimili
:
+606-331 6079
e-mail
:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
  
2.
Borang permohonan yang telah lengkap perlu disertakan bersama dokumen berikut:
 
  1. Surat Permohonan
  2. Borang Permohonan
  3. Salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam borang permohonan

 

 
PERINGATAN
JANGAN SERTAKAN DOKUMEN ASAL. SEMUA DOKUMEN YANG DITERIMA OLEH PIHAK UNIVERSITI AKAN MENJADI HAK MILIK UNIVERSITI DAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN
 
 
 
     

Sorotan Penting

VC@UTeM
Jabatan, Pusat & Fakulti
Produk Penyelidikan
Penerbitan@UTeM
Galeri Media
Daftar Masuk Portal
Komuniti
Maklum Balas Pengguna
UTeM @ Mobile

Info

Makluman Terkini
Peristiwa Kampus