| Negara | Persekutuan Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Negeri Sabah dan Sarawak yang terletak di Kepulauan Borneo. |
| Kedudukan Geografi | Terletak di antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, Semenanjung Malaysia dipisahkan daripada negeri-negeri di Kepulauan Bornero oleh Laut China Selatan. Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand. Sementara di Selatan ialah Singapiura. Sabah and Sarawak terletak di utara Indonesia dan Sarawak bersempadanan dengan Brunei Darul Salam. |
| Keluasan | 329,758 km persegi |
| Populasi | 26 juta |
| Ibu Negara | Kuala Lumpur |
| Penduduk | Kaum Melayu yang membentuk 57% daripada jumlah populasi dan diikuti oleh kaum Cina, India, dan kumpulan etnik yang lain. |
| Bahasa | Bahasa Melayu (Malay Language) ialah Bahasa Kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kumpulan etnik yang lain turut menggunakan bahasa dan dialek mereka. |
| Agama | Islam ialah agama rasmi tetapi penganut agama yang lain bebas mengamalkan agama mereka. |
| Kerajaan | Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Ketua Negara ialah Yang Di-Pertuan Agong, jawatan yang disandang secara bergilir-gilir di antara sultan-sultan negeri Melayu setiap lima (5) tahun sekali. |
| Iklim | Iklim panas tropika. Suhu di antara 21ºC (70ºF) dan 32ºC (90ºF). Kawasan Tanah Tinggi lebih sejuk berbanding kawasan tanah rendah dengan suhu di antara 15°C (59° F) dan 25°C (77°F). Taburan hujan tahunan di antara 2,000mm to 2,500mm. |
| Cuti Umum | Tahun Baru, Hari Raya Aidiladha*, Hari Wilayah Persekutuan **, Tahun Baru Cina*, Awal Muharam*, Maulidur rasul*, Hari Pekerja*, Hari Wesak *, Hari Keputeraan Agung*, Hari Kebangsaan*, Deepavali*, Hari Raya Aidilfitri*, Krismas * Note: (*) – Cuti Kebangsaan (**) - Putrajaya, Kuala Lumpur & Labuan sahaja (#) - Kecuali Labuan & Sarawak |
| Profil Ekonomi | Pembuatan merupakan komponen tunggal utama ekonomi Malaysia. Pelancongan dan komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah asli and kayu balak merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Negara. |
| Matawang | Unit tukaran wang ialah Ringgit Malaysia (RM) 1 USD bersamaan RM3.20. Wang asing boleh ditukar di bank dan juga di kaunter Penukaran Wang Asing. |
| Waktu Perbankan | Isnin – Jumaat: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Sabtu dan Ahad: Tutup (Bank terpilih dibuka pada hari Sabtu). Kelantan & Terengganu: Ahad - Rabu: 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Khamis: 9.30 pagi sehingga 4.00 petang. Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: Tutup |
| Pejabat Pos | Dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. Ditutup pada hari Sabtu pertama setiap bulan, Ahad dan cuti umum. Kelantan and Terengganu pejabat po beroperasi sama seperti di atas, tetapi ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum. |
| Masa | Lapan (8) jam mendahului GMT and enam belas (16) jam mendahului U.S. Pacific Standard Time. |
| Telefon | Panggilan tempatan boleh dibuat daripada telefon awam. International calls can be made from public phones with card phone facilities or at any Telekom office. |
| Penginapan | Di Malaysia terdapat pelbagai kemudahan penginapan dengan kadar harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kehendak pengunjung. |