Pejabat Antarabangsa berperanan untuk merealisasikan hasrat UTeM untuk mengembangkan dan meningkatkan hubungan erat dengan pihak antarabangsa di dalam usaha mencari peluang-peluang kerjasama di dalam bidang penyelidikan, akademik dan pertukaran kebudayaan. Melalui pejabat ini juga, banyak kolaboras, pertukaran kepakaran dalam penyelidikan, perundingan, latihan industri dan ilmu dijalinkan |
Sehingga kini UTeM telah banyak manjlinkan serta menandantangi Memorandum Persefahaman dengan beberapa universiti terkenal di dunia seperti Coventry University dan Sheffield University (UK), The Technical University of Berlin (Germany), RMIT University and The University of South Australia (Australia Osaka Prefecture University dan Kyoto University (Jepun) dan Institut Teknologi Bandung (Indonesia). Fokus kolaborasi ini ialah: |
- Pertukaran staf dan pelajar untuk perkembangan akademik bagi menangani masalah kemajuan saintifik.
- Pertukaran bahan-bahan saintifik
- Usahasama di dalam pengajaran dan penyelidikan (mungkin melibatkan pelajar) yang mempunyai matlamat sama
- Penajaan seminar, bengkel dan mesyuarat saintifik.
- Merangka program-program latihan, termasuk program ijazah dan bukan ijazah.
|
UTeM amat mengambil berat factor perkembangan kemahiran dan pengetahuan global para pelajar dan staf bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka. Maka, beberapa Memorandum Persefahaman dengan syarikat yang terkemuka di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi industri telah dimeterai bagi menjalin kerjasama pintar yang akan dapat membuka peluang latihan industri untuk staf dan pelajar. |
Di antara syarikat antarabangsa yang sudah menandatangani MoU bersama UTeM ialah Imai-Aero Equipment Manufacturing Co. Ltd (IAC) Japan, syarikat terkemuka dalam bidang pembuatan dan aeroangkasa di Asia Tenggara,dan Feinmechanik Michael Deckel GMBH, syarikat automotif berpengkalan di Jerman. |
Perjanjian persefahaman ini telah membuka peluang-peluang perkongsian ilmu dan informasi di antara UTeM dan industry-industri dalam bidang berikut: |
- Pertukaran maklumat penyelidikan akademik, khususnya berkaitan dengan pembuatan dan bidang-bidang lain.
- Menganjurkan program-program usahasama R&D.
- Menganjurkan seminar, persidangan,bengkel atau kursus yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.
- Pertukaran staf untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
- Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk keperluan pendidikan kedua-dua pihak.
|
Sejajar dengan polisi pengantarabangsaan kerajaan, UTeM kini mempunyai 21 orang pelajar antarabangsa dalam pelbagai bidang pengajian. Lapan orang daripadanya sedang mengikuti program Sarjana Muda dalam bidang ICT manakala 13 orang yang lain di dalam program pasca-siswazah, dan mereka adalah daripada negara Indeonesia, India, Iran dan Pakistan |