| • PENGENALAN - PENYELIDIKAN, INOVASI DAN AKTIVITI PENGKOMERSILAN. |
Aktiviti penyelidikan di UTeM mengalami peningkatan yang memberangsangkan seiring dengan hasrat universiti untuk menjadi sebuah universiti inovatif dan kreatif terkemuka di dunia. Jumlah kertas kerja yang diterbitkan di dalam jurnal juga semakin bertambah. UTeM telah mengenalpasti Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang berkesesuaian. AMT ialah bidang yang mempunyai kepelbagaian disiplin yang tinggi yang memerlukan komitmen yang sinergistik dari semua di fakulti di UTeM. Setiap usaha akan dilakukan untuk mengkormesilkan produk penyelidikan dan universiti telah dilengkapi dengan fasiliti yang canggih dan terkini, dan diuruskan oleh pakar dan professional dari berbagai latarbelakang akademik. Kepelbagaian disiplin tujahan penyelidikan telah menjadi satu strategi untuk menaikkan profil universiti dan bertindakbalas terhadap isu signifikan Negara. Kewujudan pusat-pusat penyelidikan adalah sebagai melengkapi strategi ini kearah haluan yang sama. Universiti akan melengkapi strategi sediaada demi mewujudkan pusat penyelidikan yang mampu bersaing diperingkat antarabangsa dan pembangunan pelbagai kluster penyelidikan berkepentingan. Usaha ini lebih menonjolkan unviersiti, Kumpulan penyelidik pelbagai disiplin akan ditempatkan bagi mendapatkan dana diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. UTeM telah menubuhkan sebuah pejabat yang dikenali sebagai Pejabat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi bagi mengkoordinasi, mengurus dan mempromosikan aktiviti penyelidikan di UTeM. Ia juga berperanan untuk mencari peluang pengkomersilan untuk produk, teknologi dan hasil penyelidikan.![]() |


















Penyelidikan & Inovasi




















