CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Panel W3C

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Makluman Terkini KEMPEN DERMA DARAH UTeM CAPAI MATLAMAT

KEMPEN DERMA DARAH UTeM CAPAI MATLAMAT

Cetak PDF

1

1

1

KEMPEN DERMA DARAH UTeM CAPAI MATLAMAT

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Melaka (HM) telah menganjurkan kempen derma darah selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Kempen tersebut dianjurkan bersempena musim perayaan untuk menampung keperluan semasa Tabung Darah HM telah diadakan di Pusat Persatuan Pelajar Kampus Induk di Durian Tunggal.

Menurut Pegawai Perubatan HM, Dr. Linda Lim ketika ditemui di lokasi kempen berkata, sambutan yang menggalakkan telah diterima oleh pasukannya sepanjang tiga hari kempen tersebut berlangsung.

“Pada kempen kali ini, Unit Tabung Darah HM berjaya mengumpulkan sebanyak 150 beg darah dan tidak mustahil angka itu mencecah 200 beg menjelang petang nanti berdasarkan sambutan warga universiti yang tidak putus-putus hadir menjayakan kempen ini,” jelas Dr. Linda.

Angka tersebut jelas Dr. Linda merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh warga UTeM dalam membantu menambah bekalan darah di HM.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan kempen selama tiga hari ini dan saya amat berbangga melihat komitmen warga universiti sama ada staf mahupun pelajar,” kata Dr. Linda lagi.

Seorang staf UTeM yang ditemui, Ratnasaerah Azis berkata, kempen yang dianjurkan sangat bersesuaian dengan musim perayaan dan beliau terpanggil untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

“Menderma darah dengan konsisten merupakan cara saya berbakti kepada masyarakat sekeliling kerana kita tidak tahu betapa pentingnya darah kepada mereka yang memerlukan terutama sekali mangsa kemalangan, pesakit kronik dan sebagainya,” jelas Ratnasaerah.

Manakala bagi seorang pelajar antarabangsa UTeM yang berasal dari Palestin, Mahmoud Samy Ahmad Yassin pula berkata, menderma darah berupaya menyelamatkan nyawa manusia dan secara tidak langsung membina hubungan positif dengan komuniti sekeliling.

Beliau yang menuntut di tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) amat menyokong kempen tersebut dan tidak melepaskan peluang menderma darah setiap kali acara itu diadakan di UTeM.