CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM PRAKTIS EXTENDS HELP TO THE NEEDY

[ PR ] UTeM PRAKTIS EXTENDS HELP TO THE NEEDY

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

1

KASIH RAMADHAN, PRAKTIS UTeM TURUN PADANG HULUR BANTUAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PRAKTIS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut sama menjalankan tanggungjawab sosial dengan melaksanakan ‘Program Kebajikan PRAKTIS’ semalam.

Presiden PRAKTIS UTeM, Syahira Adnan dalam kenyataannya berkata, antara objektif utama program adalah untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti pelajar-pelajar sekolah, anak-anak yatim miskin serta keluarga mereka yang memerlukan bantuan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.

“Sekolah yang dipilih untuk program kebajikan PRAKTIS kali ini ialah Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Air Molek, Melaka. Seramai 60 orang pelajar dari latar belakang berbeza dan kurang bernasib baik telah menerima sumbangan duit raya daripada pihak PRAKTIS UTeM”.  

“Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan duit raya dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami mendekati dan membantu mereka yang memerlukan” ujar beliau.

Tambah beliau, PRAKTIS UTeM juga turut mengambil peluang dengan mengadakan kunjungan dengan misi menghulurkan bantuan sempena Aidilfitri kepada tiga buah keluarga dari kampung yang berbeza pada hari yang sama.
“Tiga buah keluarga tersebut adalah dari Kampung Busut Licin, Kampung Tambak Paya dan Kampung Bukit Katil”.

“Antara kriteria dipilih adalah mereka yang terdiri daripada golongan miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap, memiliki anak yang ramai serta mempunyai bebanan tanggungan yang berat,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, sumbangan diberikan oleh PRAKTIS UTeM dalam bentuk barangan keperluan harian, makanan, pakaian serta wang tunai dan ini diharap mendatangkan sinar kegembiraan kepada mereka sebagai persiapan menyambut syawal nanti.

“Berat mata memandang tetapi berat lagi bahu memikul dan ini membuatkan kami PRAKTIS UTeM bersama-sama mengumpul sedikit dana daripada kalangan kami untuk menjayakan misi mencurah kasih Ramadhan ini”.

“Pada hari ini kami berasa sangat gembira apabila saya bersama 8 orang lagi ahli jawatankuasa bagi mewakili kesemua ahli PRAKTIS UTeM turun ke padang menghulurkan bantuan dan ini merupakan sebahagian daripada agenda tahunan kami,” katanya lagi.