CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] STUDENTS FROM FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY SEIZED CHAMPION & SPECIAL AWARD IN THE MAKEWEEKEND INNOVATION COMPETITION MELAKA 2012

[ PR ] STUDENTS FROM FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY SEIZED CHAMPION & SPECIAL AWARD IN THE MAKEWEEKEND INNOVATION COMPETITION MELAKA 2012

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

1

PELAJAR FTK UTeM JOHAN KESELURUHAN & RANGKUL ANUGERAH KHAS DALAM PERTANDINGAN INOVASI ‘MAKEWEEKEND’ MELAKA 2012

Pelajar tahun pertama dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), terus mengharumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) apabila sekali lagi berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan Inovasi dan buat kali ini kejayaan ditempa pada pertandingan Inovasi “MakeWeekend” peringkat Negeri Melaka yang berlangsung baru-baru ini  bertempat di Fakulti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (FTMK), UTeM.

MakeWeekend peringkat Negeri Melaka baru-baru ini telah menarik sejumlah 70 penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Negeri Melaka. Menariknya format pertandingan inovasi ini memerlukan para peserta menyiapkan prototaip inovasi masing-masing dalam tempoh 48 jam sebelum dibentangkan dan diberikan markah oleh para juri.

Sentuhan inovasi menerusi pelajar FTK UTeM yang terdiri daripada Muhammad Zulhilmi bin Mohd Hanafi, Muhammad Syukri bin Abd Rahman dan Nik Fadhil bin Nik Wahid melalui hasil produk inovasi mereka yang dinamakan “Motorcycle Safety Box (SABOX)” telah berjaya merangkul gelaran State Innovation Winner 2012 (Melaka), selaku johan keseluruhan pada pertandingan tersebut.

Engr Mohd Farriz Basar, yang bertindak selaku penyelia kepada penyelidik-penyelidik FTK berkata, menerusi hasil inovasi pelajar-pelajar tersebut mereka hadir dengan idea untuk merekabentuk semula kotak penyimpanan barang yang biasa dipasang pada motosikal dengan menggunakan LED sebagai lampu isyarat untuk membelok dan membrek.

“Ini sebagai tambahan atau lampu ketiga kepada lampu isyarat yang telah sedia ada pada motosikal yang kemungkinan rosak mahupun terlindung selepas pemasangan kotak penyimpanan barang dibuat”.

“Hasil inovasi ini juga diyakini akan dapat mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal di Malaysia kerana selepas ini pengguna jalan raya yang lain akan lebih peka tentang kehadiran penunggang motosikal terutama ketika membelok atau membrek” jelas beliau.

Tambah beliau menerusi pentas pertandingan ini juga, seorang lagi pelajar FTK iaitu Wong Lin Ten dengan pertaruhan hasil inovasi beliau, “Harnessing Solar Power Using Peltier Cell” telah berjaya mendapat undian yang tertinggi daripada para peserta pertandingan sekaligus melayakkan beliau memenangi anugerah khas, People’s Choice Award 2012.

“Pelajar ini telah berjaya mengenengahkan satu konsep yang baru dalam bidang tenagaketerbaharuan yang mana menukarkan haba pada permukaan jalan raya yang panas kepada bentuk tenaga elektrik menggunakan Peltier Cell yang dihasilkan dari bahan silicon” kata beliau.

Dekan FTK UTeM, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff pula memuji kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan oleh para peserta, walaupun pertandingan ini dilangsungkan pada bulan Ramadan, namun mereka tetap berjaya untuk menghasilkan satu prototaip yang hebat dalam masa 48 jam.

”Produk “Motorcycle Safety Box (SABOX)” seterusnya akan di bawa untuk ke pertandingan sama, selaku wakil Negeri Melaka pada peringkat kebangsaan yang mana bakal berlangsung pada November 2012 nanti” jelas beliau.

Mereka yang layak pada MakeWeekend peringkat kebangsaan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00