CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] NEW STAFF FROM FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY FOLLOWED STAFF INDUCTION COURSE

[ PR ] NEW STAFF FROM FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY FOLLOWED STAFF INDUCTION COURSE

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

KAKITANGAN AKADEMIK BARU FTK UTeM DIBERI PENDEDAHAN DALAM KURSUS INDUKSI

Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), telah mengambil satu langkah proaktif dengan menganjurkan ‘Program Induksi Akademik’ peringkat fakulti bertempat di Kampus Industri UTeM, Ayer Keroh baru-baru ini.

Antara pengisian program adalah slot bersama Dekan FTK, Prof. Madya Mohd Rahimi Yusoff yang mana beliau telah memberikan pendedahan secara mendalam tentang sejarah dan konsep penubuhan FTK. Jelas beliau dalam ucapannya, kakitangan akademik baru seharusnya memahami tentang halatuju FTK, misi 2K dan juga keunikan pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di fakulti ini.

“Program ini bermatlamat untuk memberikan pemahaman kepada kakitangan akademik baru berkaitan peranan, tugas dan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar supaya bertepatan dengan visi serta misi FTK dan UTeM”, ujar beliau.   

Turut hadir menjayakan program induksi kali ini adalah Timbalan Dekan (Akademik) Ahmad Zubir Jamil dan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan Industri) Rohana Abdullah. Antara perkara yang dikongsikan dalam sesi taklimat dari kedua mereka adalah berkisar kepada penyelidikan, penerbitan, pendedahan industri kepada pelajar serta penekanan fungsi serta peranan pensyarah dan jurutera pengajar dalam usaha membentuk hubungan antara FTK dengan pihak industri.

Selain itu, staf-staf baru ini juga turut didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan akademik termasuk proses pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan di FTK seperti OBE (Outcome Based Education), SCL (Student Centered Learning) dan PBL (Problem Based Learning).

Di akhir sesi program induksi ini, Ketua Penolong Pendaftar FTK, Azhar Mohd Salleh juga turut serta untuk berkongsi dengan staf-staf akademik baru mengenai sistem pentadbiran serta penjawatan yang telah dilaksanakan di FTK. Selain itu, turut disentuh adalah berkaitan hal ehwal kebajikan staf.

Secara keseluruhannya, Program Hari Induksi FTK telah berjaya mencapai objektif di mana setiap staf telah memperolehi maklumat dan memahami segala keperluan FTK bagi memastikan visi dan misi serta misi 2K (Kompetensi dan Komunikasi) FTK akan tercapai.