CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM DISTRIBUTES 20 THOUSAND COPIES OF 'BERBUKA PUASA' PAMHPLETS

[ PR ] UTeM DISTRIBUTES 20 THOUSAND COPIES OF 'BERBUKA PUASA' PAMHPLETS

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

UTeM EDAR 20 RIBU JADUAL BERBUKA PUASA

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tampil melaksanakan tanggungjawab sosial dengan mengedarkan jadual berbuka puasa dan imsak kepada seluruh masyarakat di negeri ini.

Menurut Pengarah Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) Fazidah Ithnin berkata, sebanyak 20 ribu keping jadual berbuka puasa dan imsak dicetak pada tahun ini untuk diedarkan kepada staf universiti itu orang ramai.

“Edaran jadual waktu berbuka dan imsak merupakan sumbangan UTeM kepada masyarakat sebagai panduan serta memudahkan ibadah puasa dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini,” jelas Fazidah ketika ditemui.

Katanya lagi, staf UTeM turut memainkan peranan dalam mengedarkan jadual itu ke seluruh negeri Melaka.

“Staf turut diberikan sejumlah kuantiti jadual berbuka untuk diedarkan di surau-surau kawasan perumahan masing-masing dan sifat kesukarelaan ini wajar diberi pujian,” kata Fazidah lagi.

Selain jadual berbuka puasa dan imsak, helaian itu turut mengandungi panduan menunaikan puasa di bulan Ramadhan agar masyarakat dapat melaksanakan ibadah dengan penuh penghayatan, jelasnya lagi.

Serentak dengan itu, Masjid Sayyidina Abu Bakar di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal turut menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan Ramadhan antaranya Tadarus Al- Quran, berbuka puasa dan solat tarawikh setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Justeru, orang ramai yang tinggal berdekatan dengan Kampus  Induk UTeM dijemput untuk mengimarahkan Masjid Sayyidina Abu Bakar sepanjang bulan Ramadhan ini.