| (Full Article in Bahasa Melayu for Press Release) |
|
|
UTeM MANTAPKAN JALINAN KESERAKANAN IPT SERANTAU BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG SINGAPURA |
Jalinan keserakanan antara institusi pengajian tinggi (IPT) serantau merupakan salah satu elemen yang penting dalam perkongsian kepakaran dan pengalaman antara universiti. Delegasi UTeM diketuai Penolong Naib Canselor (HEPA), Engr. Prof. Dr. Marizan bersama Ketua Timbalan Pendaftar HEPA Zainuddin Ahmad, Ketua Bahagian Sukan HEPA Ismail Abdol Jalil serta 27 orang pegawai dan kakitangan dari pejabat ini. Menurut Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman, antara objektif diadakan program lawatan ini adalah untuk memantapkan lagi kerjasama serantau antara UTeM dengan IPT di negara seperti Singapura. ”Di samping itu platform ini juga antara lain berjaya memperluas dan membangunkan kerjasama erat dengan universiti yang berpengalaman dan berkepakaran tinggi dalam bidangnya”. Jelas beliau, aspek pengurusan hal ehwal pelajar dan bidang sukan antara medium yang diberi penekanan dalam sesi perkongsian dua hala antara UTeM dan UTNS semasa lawatan mereka di sini. Delegasi UTeM juga memperolehi pendedahan lanjut mengenai kegiatan dan aktiviti berkaitan dengan pelajar di sini di samping berpeluang melawat sekitar universiti dan pusat aktiviti pelajar. Universiti ini membina kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan menawarkan program ijazah sarjana muda hingga ke peringkat doktor falsafah. Beliau mengharapkan hasil dari lawatan ini akan dapat menyebarluaskan jaringan dan meningkatkan kerjasama dengan universiti-universiti ternama luar negara serta pihak industri terkemuka dunia. Prof. Marizan juga menjemput UTNS untuk mengadakan lawatan balas ke UTeM bagi mengadakan pelbagai aktiviti dua hala dan program sukan antara kedua-dua universiti. |











































