CHANGE COLOR
  • Black color
  • Brown color
  • Green color
  • Blue color
  • Red color
  • Blacktext color
  • Browntext color
  • Greentext color
  • Bluetext color
  • Redtext color
Click to Reset

  • Hight contrast
  • Default contrast
  • Low contrast


  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
W3C Panel

UTeM | Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Home Current Updates Current Updates [ PR ] UTeM ENHANCES TIES WITH NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY, SINGAPORE

[ PR ] UTeM ENHANCES TIES WITH NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY, SINGAPORE

Print PDF
(Full Article in Bahasa Melayu for Press Release)

1

1

1

1

UTeM MANTAPKAN JALINAN KESERAKANAN IPT SERANTAU BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG SINGAPURA

Jalinan keserakanan antara institusi pengajian tinggi (IPT) serantau merupakan salah satu elemen yang penting dalam perkongsian kepakaran dan pengalaman antara universiti.
Lantaran itu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah mengadakan lawatan keserakanan IPT serantau ke Universiti Teknologi Nanyang Singapura (UTNS) baru-baru ini.

Delegasi UTeM diketuai Penolong Naib Canselor (HEPA), Engr. Prof. Dr. Marizan bersama Ketua Timbalan Pendaftar HEPA Zainuddin Ahmad, Ketua Bahagian Sukan HEPA Ismail Abdol Jalil serta  27 orang pegawai dan kakitangan dari pejabat ini.

Menurut  Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman, antara objektif diadakan program lawatan ini adalah untuk memantapkan lagi kerjasama serantau antara UTeM dengan IPT di negara seperti Singapura.  

”Di samping itu platform ini juga antara lain berjaya memperluas dan membangunkan kerjasama erat dengan universiti yang berpengalaman dan berkepakaran tinggi dalam bidangnya”.
”Selain itu sesi lawatan ini juga berkonsepkan kepada pengisian dalam  percambahan dan pertukaran idea antara UTeM dengan UTNS berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan aplikasi dan amalan serta perlaksanaan kaedah-kaedah perkhidmatan” ujar beliau.

Jelas beliau, aspek pengurusan hal ehwal pelajar dan bidang sukan antara medium yang diberi penekanan dalam sesi perkongsian dua hala antara UTeM dan UTNS semasa lawatan mereka di sini.

Delegasi UTeM juga memperolehi pendedahan lanjut mengenai kegiatan dan aktiviti berkaitan dengan pelajar di sini di samping berpeluang melawat sekitar universiti dan pusat aktiviti pelajar.
Tambah beliau, UTNS dipilih untuk sesi lawatan ini antara lain kerana ia merupakan salah sebuah universiti yang tertua di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1955 yang menawarkan pelbagai  program pengajian bersesuaian dengan keperluan negara tersebut sebagai sebuah negara maju berperindustrian berteknologi tinggi dan berfokus dalam bidang kejuruteraan, pengurusan, sains sosial serta perubatan.

Universiti ini membina kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan menawarkan program ijazah sarjana muda hingga ke peringkat doktor falsafah.

Beliau mengharapkan hasil dari lawatan ini akan dapat menyebarluaskan jaringan dan meningkatkan kerjasama dengan universiti-universiti ternama luar negara serta pihak industri terkemuka dunia. Prof. Marizan juga menjemput UTNS untuk mengadakan lawatan balas ke UTeM bagi mengadakan pelbagai aktiviti dua hala dan program sukan antara kedua-dua universiti.